Hai si Laksa Johor.............
Petang semalam semasa saya masih di Hospital Colombia menemani anak
dan menantu saya, saya mendapat panggilan talefon daripada anak perempuan saya,
beliau memberi tahu datuknya menyarankan
agar membuat laksa Johor untuk hidangan berbuka puasa.Disebabkan kesesakan lalu
lintas amat teruk di bandaraya johor Bahru semalam jadi saya tidak sempat
menunaikan permintaan ayahnda saya. Jadi hari ini saya mempunyai kelapangan waktu dapatlah saya
menunaikan permintaan beliau.
Laksa Johor ialah makanan
yang popular dan sinonim dengan masyarakat Johor .Laksa Johor berbeza dengan
negeri-negeri lain di Malaysia kerana ia tidang menggunakan mi kuning atau mi
laksa putih yang biasa digunakan bila kita menyediakan hidangan mi. Sebaliknya
laksa Johor begitu sedap dimakan kerana ia menggunakan speggeti dan tidak muak
bila dimakan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa Johor agak rumit dan mahal (ikan tenggiri paling baik tetapi boleh digantikan dengan ikan kembung). Kemungkinan sekali laksa Johor jarang sekali terdapat di pasar-pasar malam atau gerai makan kerana kos membuatnya lebih tinggi. Saya sering menerima permintaan untuk menyediakan laksa Johor ketika mengadakan rumah terbuka pada hari raya oleh teman-teman. Laksa Johor hasil air tangan saya sememangnya boleh tahan juga...keenakkannya. Saya paparkan salah satu resipi laksa Johor yang agak menarik untuk dicuba..

BAHAN-BAHANNYA
UNTUK 12-20 ORANG MAKAN
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak
sehingga lembut)
sphagetti yang sudah direbus
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang Jika tak ada pun
tak apa)
udang basah 100gm
isi ikan kurau kering - 20 gram dibakar (kalau ada)
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm( kalau ada)
**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)
bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc
bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus
ulam-ulaman
** Sambal Belacan**
cili merah 5/6 biji +cili padi 5 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
CARA-CARANYA
1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus
bersama air rebusan
**Penyediaan kuah**
1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi
2.Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
2.Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air dan
5.Masukkan asam keping
6.Tambah garam dan gula untuk rasa
7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

Kuah yang sudah dimasak
**Sambal belacan**
1. Mesinkan semua bahan dan hidangkan bersama ulam-ulamaman tu
1. Mesinkan semua bahan dan hidangkan bersama ulam-ulamaman tu
Inilah ayahnda saya yang teringin nak makan laksa Johor, kuih jongkong dan apa-apa yang terlintas di selera dia...
mmg sdp sgt2&semmgnye kegemarn saya....
BalasPadamKau guna apa peralatan?
BalasPadamMemang sedap.laksa johor kak Aisha
BalasPadamDah rasa air tangan nya
������
Memang sedap.laksa johor kak Aisha
BalasPadamDah rasa air tangan nya
������