14 Disember 2009

Bermulanya di sini ..................FASA 11

1980

Melapor diri di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, Wisma Persekutuan Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) Kuala Lumpur. Kemudian diarahkan melapor diri di JHEOA Ipoh. Aku di tempatkan di bahagian pendidikan.

Aku diarahkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Orang Asli ,Batu 25 Cameron Highland

(Di sekolah ini hanya aku seorang sahaja guru ....dari Guru Besar, kerani, tukang kebun hinggalah ke tukang masak.....) Bangunan sekolah berdinding sekerat papan dan berlantaikan tanah serta beratapkan rumbia......Sekolah ini bantuan penuh dari JHEOA.Bilangan muridnya seramai lebih kurang 20 orang. Kelasnya pula kelas bercantum Terdiri dari murid kampong tersebut dan juga kampung sekitarnya.Aku mengajar dari Tahun 1 hingga 3. Tahun 4 murid-murid ini menyambung pelajarannya di SK. Batu14 ,Jalan Tapah Cameron Highland.

Ketika itu rumah guru tidak ada, terpaksalah aku menumpang di rumah Tok Batin.

Di kampung ini tidak ada kemudahan asas (api dan air ......lampu gunakan pelita dan untuk mandi gunakan air sungai....air terjun banyak terdapat disini....sejuknya menyusuk ke tulang....) kedai pun tiada, makanan aku dibekalkan oleh JHEOA yang dikenali sebagai 'resen' Untuk sampai ke kampung ini kita terpaksa berjalan kaki meredah dicelah-celah bukit dengan dikenali sebagai jalan 'denai'.Mejoriti Orang Asli di sini berketurunan dari suku Kaum Semai. Pekerjaan mereka berladang.bahasa ibunda mereka bahasa Semai.

Bagi kakitangan awam untuk pengesahan dalam jawatan mesti lulus salah satu bahasa Semai atau Temiar. Terpaksalah aku mempelajari bahasa tersebut (bahasa Semai) dengan anak muridku.Sehinggalah aku fasih berbahasa Semai ketika itu.


Dailog yang masih aku ingat:


Ma Moh Hek : siapa nama awak

Moh Eng Aisah : Nama saya Aisah

Ma Eh Gah : Apa khabar

Bor : Baik

(Maaf jika tersilap bunyi..................dah banyak yang lupa..)


Nama anak murid ku yang masih aku ingat ialah Agong, Jefrideen,Minah dan Hamidah (kini mereka dah bekeluarga dan Hamidah sudah memeluk Agama Islam).Tok batin dan isterinya juga sudah meninggal dunia.


Sekiranya anda ke Cameron Highland dan tiba di Batu 25 berhampiran dengan Pekan Ringlet...jengah-jengahlah dicelah-celah gunung yang menghijau itu ternampak deretan rumah -rumah yang sayup mata memandang ....

disitulah aku pernah jadi penghuninya.


Pengalaman sesuatu yang indah untuk di kenang

Jauhnya kedai membeli benang

Tak ada bas berjalan kaki

Tempat jatuh lagi di kenang

Inikan tempat mencari rezeki......


Gambar kenangan di Kampong Batu 25, Cameron Highland

(Bawa anak-anak melihat kampung yang pernah ibunya menetap dulu....).


Untuk ke sebrang gunakan titi,
Jika meniti harus berhati-hati

Penduduk di sini semuanya baik hati
Akan ku kenang hingga ke mati.


Budi baik seluruh warga Kampung Batu 25 dan sekitarnya
hanya ALLAH jua yang membalasnya
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan