12 Disember 2009

Suka duka 2009

Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Suka dan duka silih berganti dalam hidup ini. Kita sebagai insan biasa perlu tabah dan pasrah segala ketentuan yang ditakdirkan oleh Illahi.


PERGI BUAT SELAMANYA...........................

Pada 18 Mac 2009 aku dikhabarkan dengan berita
sedih... Bapa mertua ku yang dikasihi Tuan Hj.Mahpul bin Rafiee pulang kerahmatullah . Kemudian 17 Ramadhan (Nuzul Quran) adik iparku Azlan bin Abdullah juga telah pulang keramahtullah. Diikuti pula pada 29 Ramadhan sahabatku Pn.Zainab bt Omar. Semoga roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Hanya kenangan: Allahyarham bapa mertuaku bersama anak sulungku


KERJAYA .................

Tahun 2009 aku mengorak selangkah lagi untuk melengkapkan kerjaya aku sebagai guru pemulihan. Aku dipanggil untuk turut serta berbengkel bagi Program Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa Pasir Gudang. (Sudah agak sekian lama aku tidak bebengkel atau berkursus...)

Kursus Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa
En.Khairi (PPD Batu Pahat) dan En.Ateh Salim (Guru Besar Cemerlang SPKBP)


Di Hotel Treaders Muar

Penyedian Bahan Untuk Kursus Penataran P1NCH Daerah Pasir Gudang

Pendaftaran Kursus Penataran P1NCH Daerah Pasir Gudang


MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM.....

Pada 6 & 7 Jun 2009 berkat usaha gigih dan kerja kuat sepupu-sepupuku dapatlah kami berkumpul di Janda Baik untuk menyambut ' Hari Keluarga.' Sekalung Tahniah dan jutaan terima kasih kepada sepupuku terutama Datuk Mohd Noh dan isteri Datin Ruhana (menyediakan tempat yang menarik) En.Lokman dan isteri Pn.Norli (penyediaan makanan yang enak), Pn.Hidayah dan suami Radin Ismail (penyediaan aktiviti yang mencabar.....tengok toyol...) serta semua ahli keluarga ku yang hadir seperti gambar yang tertera. Semoga kita berjumpa lagi....

Bergambar kenangan di hari keluarga.....


Diantara aktiviti yang dijalankan


KEJAYAAN................
Anak sulung ku menerima ijazah....

BIMBINGAN.................
Penuntut IPTI Johor Bahru (PBS Pemulihan)

JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN.........

Bergambar kenanagn di SK Kubang Kerian 1, Kelantan
Lawatan Penanda Aras PPD Pasir Gudang ke Negeri Kelantan dan Terengganu.

2 ulasan:

  1. 2009 memang banyak kisah suka dan duka. Sebenarnya setiap tahun. Bukankah kita ini sebagai pelakon di pentas dunia yang mana Allah menjadi pengarahnya.
    Paparan foto yang ada gambar saya itu sungguh bermakna. Bukankah kumulan itu di antara kumpulan yang paling ceria semasa itu? Masa berubah...entah bila dapat berjumpa lagi. Mungkin iya dan mungkin tidak.

    Bila blog ini saya link kan ke blog saya, bermakna pengunjung blog ini akan bertambah...

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas kesudian En.Ateh menolong saya. Saya kagum dengan kebolehan En.Ateh kerana seorang penulis blog yang baik lagi kreatif.Mudah-mudahan saya akan dapat pelajari dari En.Ateh.

    BalasPadam