04 Disember 2009

Kenagan lalu di Kepulauan Riau......

Pertengahan Desember 2008 kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke tanah seberang. Pulau Batam ,Tanjung Pinang dan Kepulauan Riau Indonesia. Untuk ke Pulau Batam kami menaiki feri 'Samudra' melalui Terminal Setulang Laut di Johor Bahru.


Feri ke Pulau Batam
Turut serta ayahku Hj.Ibrahim .Kunjungan kami disambut mesra oleh pasangan suami isteri Pak Haji Shariff dan isterinya Bibik Yantee sahabat ayahku... Beliau tinggal di Jalan Hang Tuah, Batam .Kami bermalam di Hotel Bahari terletak di daerah Nagoya.Bersebelahan hotel terletak sebuah Restoran yang terkenal dengan masakan padang. Restoran tersebut bernama 'RM SUNDA IBU JOKO '.


Restoran Sunda

Destinasi pertama kami ke Pulau Kesam, untuk sampai Pulau Kesam melalui Pelabuhan Punggor kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Nagoya . Pelabuhan Punggor adalah pelabuhan kedua terbesar selepas Batam Center. Pelabuhan ini beroperasi untuk membawa penumpang ke Tanjung Pinang .Kami menaiki bot penambang untuk ke Pulau Kesam.Seterusnya kami ke Tanjung Pinang menaiki feri dan ke Pulau Penyengatmenaiki bot penambang . Kami Pulang ke Johor melalui Batam Center.
Pelabuhan Punggor


Bot Penumpang

Pulau Kesam

Pelabuhan Tanjung Pinang

Di hadapan Hotel Furia Tanjung Pinang

Jeti Pulau Penyengat

Rumah kediaman di Pulau Penyengat

Masjid Raya Sultan Riau, Pulau Penyengat.

Muzium di Pulau Penyengat
Tugu Proklamasi Riau
Pengangkutan Awam di Pulau Penyengat

Papan Kenyataan Tempat Letak Kereta

Pemandangan di Jambatan Tujuh di Pulau Batam

Kenangan yang pasti tidak luput dari ingatan...................
Kalau ada sumur di ladang,
Tidak lupa menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,

Pasti kami berkunjung lagi.

Pulang Kerahmatullah...

Subuh-subuh telefon ku berdering.......Hajah Sabariah jiran ku memberitahu ku, Pn.Nora bt Abd.Razak jiran kami yang tinggal di Jalan Dedap 36 telah pulang kerahmatullah jam 9:00 malam tadi. Aku dan suami bergegas menziarahi jenazahnya yang akan disemadikan selapas solat jumaat. Semoga rohnya di tempat disisi orang-orang yang beriman....Aku sempat mengucapkan takziah kepada menantunya Cikgu Mokhtar bin Salleh juga rakan sejawatku. Semoga beliau tabah menerima ketentuan illahi ini....

Raya Haji di Klang.

Bahang Raya Haji masih terasa....macamana nak lupa Raya Haji kali ini sungguh bermakna bagi ku kerana kami sekeluarga beraya di hotel "'Gold Course' Klang..... Hotelnya terletak bersebelanhan sungai Klang...Lemang ,ketupat dan rendang dibeli di 'Jusco Bukit Tinggi' jamuannya pula di 'Cafe Kolej Islam Klang'.

Pemandangan dari balkoni tingkat 13 Hotel Gold Course Klang



Menekmati hidangan raya di 'Cafe KISAS'





03 Disember 2009

Baru Punya Dunia

Pengalaman pertama nak menulis di dalam blog ini rasa menggigil....tak ada idea nak tulis. Tapi perasaan ingin mencuba mengatasi segalanya. Idea datang tepat jam 12.00 malam.Aku rasa ramai insan dah dibuai mimpi indah.........


.
Kampong ku tempat aku dibesarkan


Seronoknya berkebun