(v)
Marilah kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita kembali suburkan perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad-dekad usinya
Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kira pertahan bersama si dia
Sidia ku sidia mu....
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin atau internet mempaparkan yang indah-indah ,pantulan seri rumah tangga kita
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
Atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang kau ingin utuskan padanya
Atau pahatkan sahaja dihalaman hati mu
Pada malam nanti...
Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati
Seorang isteri
Janji yang termeteri
Di akad nikah kita di musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hati mu yang luhur
Bersamalah kita harungi
Derita yang mendatang
Bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan
Pasti dihujani air mata
Biar kita rasa...rupanya syurga itu
Sangat tinggi maharnya
Isteri...
Tidak ku tagih setia, sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila
Yang sangat dalam
Terimalah kehadiran ku
Disudut tersuci di dalam hatimu.....
Seorang isteri............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan