02 Julai 2010

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussin Onn Batu Pahat, Johor.

Selamat menempuh alam baru....

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 telah pun diketahui oleh semua pelajar. Kini mereka mula mencari hala tuju masing-masing. Sama ada ke institusi pengajian tinggi awan atau pun swasta ataupun mereka terus mencari peluang pekerjaan.Mengikut cita rasa masing-masing.
Bagi puteri saya yang ketiga beliau ditawarkan untuk ke IPG Kampus Tun Hussin Onn,untuk mengikuti Kursus Pengajian Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Saya berharap mudah-mudahan beliau akan menjadi seorang guru yang baik dan dapat menjalankan tugasnya dengan penuh keikhlasan .Ambilan Jun 2010 ini terdiri daripada pelajar KPLI dan KPLSPM datang dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan serawak.

Selesai majlis pendaftaran majlis Taklimat untuk ibu bapa dan pelajar telah di adakan.Taklimat disampaikan oleh Pengarah IPG kampus Tun Hussin Onn sendiri .Semasa menyampaikan taklimat, Pengarah IPGKTHO YBhg Abd Aziz bin Abu Bakar menyatakan seramai 120,000 calon telah memohon kursus KPISMP dan 68,000 calon memohon KPLI. Ini bermakna pelajar yang mendapat tempat adalah yang layak setelah ditapis menerusi ujian pra dan temuduga.

.Selesai taklimat sesi soal jawab dibuka untuk ibu bapa pelajar.Salah seorang dari pada ibu pelajar telah mengenalkan dirinya sebagai emak kepada seorang pelajar dari Sabah. Sebagai emak, beliau mohon dan berharap anaknya akan menjadi seorang guru yang baik dan dapat berkhidmat dengan cemerlang. Sekiranya anaknya membuat kesalahan atau kesilapan, beliau mohon diberi tunjuk ajar. Saya terharu mendengar kata-kata tersebut. Ianya lahir dari perasaan seorang ibu......Jika diizinkan Allah ,akan bertambalah seorang lagi anak saya mengikut jejak langkah saya sebagai seorang pendidik.

Taklimat oleh Pengarah IPG Kampus Tun Hussin Onn,Batu Pahat.Johor.

Bangga jadi seorang pendidik...

Bakal-bakal pendidik....

Sempat merkamkan kenangan dengan bekas anak murid saya(berdiri:Cik Noraini Salleh)
Mudah-mudahan beliau juga akan menjadi seorang guru yang didikasi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan