25 November 2010

MENGAPA SAYA SUKA ANAK SAYA KE SMKA

SMKA bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Di Malaysia ada 55 buah SMKA yang didirikan di setiap negeri. Di negeri Johor ada 4, iaitu SMKA Maahad Muar, SMKA Segamat, SMKA Johor Bahru dan SMKA Bandar Penawar.

Ramai orang memandang rendah dengan status sekolah ini, malah ada yang takut untuk menghantar anak-anaknya belajar di sekolah tersebut semata-mata ada perkataan 'Agama'. Mereka lebih mengagung-agungkan sekolah-sekolah menangah sains dan MRSM. Memanglah setiap sekolah dan alirannya mempunyai keistimewaan masing-masing.

Bagi memasuki SMKA (tingkatan 1), calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :
  • Sekurang-kurangnya 4A 1B dalam Peperiksaan UPSR
  • Boleh membaca Al- Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 13 tahun ke bawah
Sebab itulah SMKA mempunyai keistimewaan tersendiri kerana matalamatnya untuk
  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
Kini ramai di kalangan ibu bapa telah sedar betapa 'baik'nya belajar di SMKA. Malah akibat ramainya calon yang memohon, kelayakan 5 A dalam UPSR telah diambil kira. Bukan itu sahaja, SMKA Johor Bahru telah mengadakan sistem temuduga dan ujian bertulis khas bagi menapis semula kelayakan calon-calon yang telah disenaraikan berjaya.

Dan anak saya salah seorang daripadanya. Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. Maaf beribu maaf menceroboh artikel En.Atih...saya seronok...saya bagi kawan saya anak dia nak interview...anak saya pun kat SMKA.

    BalasPadam