Awal Januari 2010 GPK 1 sekolah ku En.Mohammad bin Jaafar telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Taman Rinting 3, syabas dan tahniah diucapkan kepada En.Mat...Tahniah juga diucapkan buat cikgu Padzlan kerana telah ditukarkan ke SK Johor Jaya 2 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
08 Januari 2010
Sekolah baru.......
Awal Januari 2010 GPK 1 sekolah ku En.Mohammad bin Jaafar telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Taman Rinting 3, syabas dan tahniah diucapkan kepada En.Mat...Tahniah juga diucapkan buat cikgu Padzlan kerana telah ditukarkan ke SK Johor Jaya 2 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Pengalaman baru.....
Kesibukkan mula terasa bagi keluarga yang ramai anak untuk ke sekolah. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa muda yang anak mereka baru nak memulakan alam persekolahan , tidak kira ke Pra atau ke darjah satu. Mereka begitu 'excited' mengambil cuti semata-mata untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang begitu perihatin dan mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Tetapi yang tidak berapa sedapnya pula ada sebahagian ibu bapa yang sanggup berdiri di tepi tingkap berjam-jam untuk memerhati telatah anak mereka. (Tak senang duduk cikgu di dalam kelas bila ada pemantau yang tidak di undang....kesian dengan cikgu Tahun Satu dan Cikgu Pra awal-awal lagi mereka dah dipantau apa nak buat dah lumrah alam) Tapi budak-budak sekarang tidak serupa dengan budak-budak dulu......mereka dah berani dan pandai berdikari.
03 Januari 2010
CIKGU OH CIKGU.......
1. Meninggalkan zon keselesaan.
2. Tangga menaik ke Arah Kecemerlangan.
3. Cabaran bukan masalah.
4. Semangat kerja.
5. Tabiat guru berkesan
· Jadi Proaktif, ada inisiatif dan bertanggungjawab
· Mula dengan sikap mental positif dengan mengingati matlamat
· Beri keutamaan kepada yang penting
· Fikir menang-menang (win-win situation)
· Cuba fahami dahulu, kemudian cuba untuk difaham
· Bersinergi (kerjasama yang kreatif)
· Usahakan pembangunan diri yang seimbang
KESAN DAN TANDA GURU KURANG ILMU DI SEKOLAH:
1. Proses P&P guru kurang berkesan dan membosankan
2. Pengurusan bilik darjah tidak teratur dan bercelaru
3. Kurang memberatkan penampilan diri
4. Tidak yakin pada diri dan sering mengelak bila diberi tanggungjawab
5. Tiada keyakinan dan keazaman dalam menjalankan tugas
6. Mudah putus asa jika tidak tercapai Sesutu hajat
7. Sering menyalahkan orang lain jika berlaku kegagalan
8. Tidak tegas dalam mengambil tindakan
9. Sering bertindak mengikut perasaan
10. Sentiasa menunggu arahan dalam sesuatu perkara
RENUNGAN UNTUK GURU.....
KENALI DAN FAHAMILAH
ADUHAI GURU!.....
Di kalangan ramai murid dan pelajar, kita perlu mengetahui faktor-faktor ransangan persekitaran fizikal, emosi, pergaulan dan minda yang boleh mempengaruhi tingkahlaku mereka semasa pembelajaran.
PELAJAR BERKEBOLEHAN
1. Pelajar ini lebih suka belajar di tempat yang senyap, di bilik yang terang dan tersusun rapi, supaya tiada gangguan dan halangan yang boleh mengganggu pembelajarannya.
2. pelajar ini ini bermotivasi serta berminat. Mereka sentiasa bersedia dan boleh menepati masa untuk belajar. Mereka mampu untuk menyusun jadual belajar dengan sendiri.
3. Pelajar ini berkeupayaan belajar dengan sendiri tanpa arahan orang lain. Mereka mampu berinteraksi dengan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan mereka. Mereka mampu mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan yang diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4. Pelajar ini melakukan sesuatu tugas dengan berhati-hati. Mereka mempunyai matlamat, cita-cita dan pegangan hidup yang tersendiri. Mereka mampu menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan dengan segera. Biasanya dari segi fizikal, mereka seorang yang sihat dan cergas. Mereka dapat mengawal diri mereka dengan sabar untuk belajar.
5. Pelajar ini memiliki pemikiran yang kritis dan inovatif. Mereka boleh memberikan idea dan pandangan untuk dikongsi bersama. Di samping itu juga,mereka mampu menganalisis sesuatu isu yang dikemukakan. Mereka pintar dan berkebolehan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Mereka sentiasa kelihatan ceria dan tenang.
Justeru sebagai guru, kita perlu peka kepada situasi pelajar begini.Berikanlah penghargaan kepada mereka. Perbanyakkanlah aktiviti pengkayaan untuk mereka. Ketahuilah, bahawa mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin. Bimbinglah mereka supaya mereka boleh membantu rakan-rakan yang lain.
PELAJAR KURANG BERKEBOLEHAN
1.
2. Pelajar-pelajar ini kurang bermotivasi dan kurang berminat untuk belajar. Mereka jarang menepati masa dan tidak menghargai orang lain. Kadang-kadang mereka bertindak mengikut sesuka hati mereka sahaja.
3. Kebanyakan pelajar ini menanti arahan daripada orang lainuntuk belajar. Mereka lebih gemar berinteraksi dengan kumpulan rakan yang menghadapi masalah seperti mereka. Mereka lebih gemar bermain dan tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Mereka enggan mendengar nasihat orang lain.
4. Kebanyakan mereka perlu dibantu dan sentiasa diperingatkan untuk melaksanakan tugas kerana lemah dan lupa. Mereka bukan sahaja tidak mahu berusaha, tetapi tidak punyai matlamat, cita-cita dan pegangan hidup. Lantaran itu mereka leka dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan. Apabila diperhatikan mereka gemar berjalan ke
5. Kebanyakan mereka hanya menerima sahaja idea dan pandangan orang lain. Merela lambat memahami sesuatu yang disampaikan, kadang-kadang mereka tidak dapat membuat keputusan terhadap isu yang dikemukakan. Mereka hanya menjadi pemerhati sahaja. Lantaran dalam masa yang lain mereka mudah terpengaruh dan ada pula yang nakal-nakal dan suka bergaya supaya mereka menjadi perhatian kepada orang lain.
Apabila menghadapi situasi pelajar begini, guru perlu bersedia memberikan perhatian dan tumpuan kepada mereka dengan mempelbagaikan aktiviti pemulihan serta pembelajaran. Kasihi dan sayangilah mereka. Selamilah jiwa mereka. Pujuklah mereka dengan memberi nasihat, galakan dan penghargaan kepada mereka.
Yakinlah aduhai guru!...... bahawa mereka yang kurang berkebolehan ini juga boleh menjadi insan yang berguna pada suatu masa nanti, Insya Allah.
Meriahnya Majlis Persandingan...
istimewa untuk
Nadya Izzati bt Soaib
dan
pasangannya
Mohd Nor Amin bin Misnan
Majlis berlangsung
di Persada Johor International Convention Centre
Dengan iringan doa agar bahagia yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
7:30 malam: Ketibaan tetamu
8:00 Ketibaan pasangan Raja Sehari
Bacaan doa
Ucapan Sekalung Budi
Istiadat merenjeis dan menepung tawar
Makan beradab
Upacara memotong kek
Bersurai
Merakamkan gambar kenangan
Alam Baru...
Pada 2 Januari 2010 saya membawa anak bongsu saya melapor diri ke Sekolah Menengah. Beliau ditawarkan di Kelas Rancangan Khas Sekolah Menengah Johor Jaya 1, Pasir Gudang. Semasa pendaftaran pelajar baru saya dapati terlalu sedikit pelajar lelaki yang melapor diri. Ternyata Kelas Rancangan Khas ini dipelopori oleh pelajar perempuan.
Kemanakah pergi pelajar lelaki kita....
Yang pasti di kelas saya (Pemulihan Khas) mejoriti pelajarnya terdiri daripada pelajar lelaki....
Mungkinkah pelajar lelaki kita diperingkat awal ini lambat tersedar...
Saya berharap dan berdoa agar semua pelajar lelaki akan cepat sedar dan terus sedar......
Agar kalian tidak terus ketinggalan. Zaman semakin mencabar ingatlah anak-anak didikku.
Buat anakku selamat menghadapi pelajaran di sekolah menengah
yang semakin mencabar dan selamat berjaya...