20 Oktober 2011

Rakan Baru....



Rakan sejawatan ......

Semakin hampir saat persaaran semakin banyak peristiwa berlaku, sama ada diundang atau tidak ia datang jua....Jika dulu ketika saya akan menamatkan perkhidmatan diusia itu pihak kerajaan menaikkan ke usia 56, sampai masanya dinaikkan pula ke usia 58....kini hampir umur ke 58 kerajaan menaikkan pula umur persaraan ke 60 tahun....hai entahlah......Ditengah -tengah kesibukan dengan persoalan 58 ke 60 saya dikejutkan dengan kedatangan guru baru untuk mengajar pemulihan khas dibawah program NKRA....Begitu cepat mereka menempatkan penempatan baru untuk menggantikan saya.....Betul ke untuk menggantikan saya atau memang dasar kerajaan setiap kelas Pemulihan akan di tempatkan dua orang guru, seorang guru Pemulihan dan seorang lagi Pemulihan Khas.....Benar kata rakan saya En.Atih sekiranya cikgu Pemulihan yang memiliki 'Rubber Stamp' yang tertulis Pemulihan Khas, perkataan khas nya hendaklah di padam, kerana khas itu bukan milik kita lagi.....itu milik rakan -rakan baru yang sama-sama duduk sebilik dengan kita....Mudah-mudahan rakan baru saya ini dapat menerima saya seadanya....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan