27 November 2011

SISTEM PENDIDIKAN DULU DAN SEKARANG..


Masa terus berlalu....


Pada 22 November 2011 Kurusus Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan. Kurus berkisar kepada Program KSSR. Semua penyelaras mata pelajaran telah memberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan mata pelajaran masing-masing...


Semasa di awal perkhidmatan saya di profesion perguruan, sistem pendidikan berkisar kepada KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) kemudian bertukar kepada KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) ada segelintir rakan-rakan saya mengatakan "Kerja Berat Suami Resah atau Kerja Berat Bahu Rebeh" macam-macam istilah mereka menggelarkannya......

Sekarang KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)...masa sudah berubah dan zaman sudah berlalu ....pelbagai perubahan telah di lakukan....Begitu maju sistem pendidikan di negara kita..

Saya masih ingat di awal persekolahan saya di awal tahun 60an, saya menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Morni Pok, Gelang Patah, daerah Johor Bahru....di dalam darjah satu. Seingat saya saya di temani arwah bapa saudara saya (Pak Itam, beliau sebagai penjaga saya). Saya ke sekolah hanya berbekalkan papan hijau yang dipinjam daripada saudra saya, setiap penjurunya sudah menggelupas menggambarkan dah berapa generasi yang menggunakannya.....Di bahagian atas dan bawah ditulis huruf abjad besar dan kecil manakala bahagian tepi terulis angka 1 hingga 10.....Ketika itu juga saya tak mengerti apa yang tertulis...cuma yang saya tahu saya akan mengutip kapur yang cikgu buang (kapur yang paling saya gemari ialah kapur warna warni) untuk saya bawa pulang ke rumah untuk menconteng di papan hijau tersebut....Rakan-rakan saya juga tak pernah kenal erti TADIKA,TASKA atau apa-apa ajelah .....juga tak pernah kenal kelas tambahan yang kami tahu balik dari sekolah terus menuju ke sungai tak kira air pasang atau surut yang pasti kami akan bergelumang di sungai tersebut hingga ke petang.......Sekarang sudah ada KIA 2M, PINCH,PROTEM dan sekarang Program LINUs..... Begitu lah masa terus berlalu...














4 ulasan:

  1. SK Murni Pok, Gelang Patah. Teringat saya satu peristiwa.....

    Saya telah diarahkan oleh BPG (Bahagian Pendidikan Guru) untuk membuat penyeliaan kepada seorang guru pemulihan di sekolah tersebut pada tahun (sekitar 1984 - 86)Tahun tang tepat saya tak ingat. Saya sampai di awal pagi. Belum bersarapan dan terasa lapar. Selesai membuat penyeliaan, GB memberitahu saya: maaf sekolah kami tidak ada kantin.

    Maka saya pun bergegas mencari kedai di sekitarnya. Tak jumpa. Saya pun terus ke JB. Dan bersarapan di situ......

    BalasPadam
  2. Ohy ye ke En.Atih pernah datang ke sekolah itu...itu sekolah saya dan kampong Pok adalah kampong saya di besarkan, rumah saya bersebelahan dengan sungai Kampong Pok Besar, sekitar tahun 80 an saya dah tak tinggal di sana lagi...Masa tu En.Atih mengajar kat mana, saya mengajar di sk Orang Asli Cameron Highland...

    BalasPadam
  3. Pada tahun 1984 - 1989 saya dilantik oleh BPG sebagai staf sokongan MPTI (IPTI, JB) memberi ceramah KDC - Pemulihan Khas. Setiap cuti penggal saya akan ke maktab memberi ceramah. Selain itu saya juga menyelia guru2 pemulihan yang menjalani praktikum sebanyak 3 kali untuk menentukan lulus atau tidak sebagai guru pemulihan.

    Waktu itu saya mengajar di SK Bukit Paloh Kluang, SK Seri Bertam Batu Pahat, SK Kemelah Segamat dan SK Bandar Paloh Kluang.

    BalasPadam
  4. Sangat2 Suka pada suasana pagi di Murni Pok....sekolah Hebat dalam kriket .....

    BalasPadam