28 November 2011

Sahabatku.....



sajak sahabat

pertemuan

pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

Diantara sahabat-sahabat ku yang dah lama tak bertemu....

Masih ingatkah dikau pada diri ku....



2 ulasan:

  1. Benarlah kata orang: sekeping gambar memberi seribu makna.

    Antara dua gambar yang disiarkan (walaupun di tempat dan situasi berbeza) ianya memberi SATU makna.

    BalasPadam
  2. Ye ke...gambar atas kat hotel selesa gambar bawah kat muar....

    BalasPadam