28 November 2011


” Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan membuka semula Kota Mekah melainkan Jihad dan niat”


LEMBARAN BARU 1433 HIJRAH

Tika terbuka lembaran baru
Bagaikan berat tanganku menutup lembaran lama
kerna terbayang palitan dosa semalam
yang tak mungkin mampu kupadam

Tika asyik mengulit pesona dunia
tak tersedar langkah di penghujung masa
lembaran baru kini menerpa
lantas hati berkata
segunung dosaku padamu,
sejuta langkah ku menjauhimu,
sewenangnya ku mungkir cintamu
namun tetap luas kasihmu
kau izinkan ku berteduh dibumimu
kau lebarkan rezekimu
kau biarkan roh ini kekal dijasad milikmu

Pesona kasihmu buatku tersipu
aku malu menjadi hamba yang alpa
Izinkan cahayamu menerangi jalan hijrahku
Pinjamkanku kekuatan
meski tak mampu ku menunggang unta
meredah onak beribu batu
mencari sinar di madinah
agar dapat ku bekalkan istiqamah menuju syurgamu

Pimpinku menelusuri hijrah ini Ya Rabbi.....


nukilan jiwa:
cahaya aini
2 Muharam 1433 Hijrah


Untuk pengetahuan Cahaya Aini ada lah anak murid saya semasa beliau di darjah lima , saya mengajar beliau Bahasa Melayu sekarang beliau dah menjadi pendidik, saya doakan agar beliau akan menjadi pendidik yang berdidikasi.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan