10 Disember 2011

Bercuti Fasa ke 11

Balik Kampung.......Kampung Pok Besar, Gelang Patah, Johor.

Bercuti fasa 1 saya pulang ke tanah air di Kota Singa tempat saya di lahir kan.
Kali ini pula saya berpeluang bercuti di kampong halaman tempat saya di besarkan. Sungguh indah bila mengenangkan zaman kanak-kanak dahulu......Tidak pernah kenal erti susah....sentiasa bergembira bersama rakan-rakan......Sungai lah jadi sasarannya....Ketika itu kami tak pernah kenal 'IT ' seperti kanak-kanak ketika ini (asyik melayari internet saban masa).


Di sungai ini lah tempat saya dan rakan -rakan berkubang hingga pandai berenang.....


Sungai semasa air pasang

Rumah peninggalan nenek dan bapa saudara ku (Pak Itam)....
Rumah di mana saya di besarkan....

Air surut...

Di tepi sungai sudah di tambak dengan guni pasir untuk mengelakkan tebing sungai runtuh...


Salah satu bot nelayan..



Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'. Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...

Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...

Bahan-bahan ( 4 bungkus )

  • 4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
  • 500 g rempah kari daging/ikan
  • 12 batang serai*
  • 1 ibu jari halia*
  • 1 ibu jari lengkuas*
  • 4 biji bawang besar*
  • 1 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 8 tangkai daun selasih
  • 8 tangkai pucuk daun teh
  • 8 helai pucuk mengkudu
  • 8 helai pucuk ubi
  • 12 helai daun belinjau
  • 12 helai daun berbuas
  • 8 helai pucuk semangkok
  • secukup daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
  2. Pucuk2 hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
  3. Ambil sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
  4. Kukus selama 1 jam atau hingga botok2 masak.
Mak Itam (ibu saudaraku) asyik memetik hasil tanamannya...

Seronok memetik ulam-ulaman ni....





Daun bebuas



Pucuk manis

Daun kesum

Daun selasih



Daun mengkudu

Serai

Daun semangkuk

Pokok Puding Teh

Selamat mencuba.....menyelerakan di samping melawaskan perut....



Selain pokok ulaman pelbagai jenis tanaman lain turut di tanam di kediaman kami ...
di antaranya ialah.....



Pokok keladi

Cili api

Buah jering

Buah langsat

Buah binjai..

Buah markisa


Petai.

Terung..


Kalau ada sumur di ladang
Boleh tuan menumpang mandi
Jika tuan puan ada kelapangan
Sudikan lah berkunjung ke teratak kami....



7 ulasan:

  1. Mengimbau zaman kanak2 memang seronok. Kampung saya tiada sungai, jauh sekali dari laut.

    Saya seronok membaca catatan CA sekarang. Siap ada resepi lagi..............

    BalasPadam
  2. Terima kasih En.Atih ok tak saya buat macam ni....realtinya En.Atih memang saya suka berenang....

    BalasPadam
  3. En.Atih bebudak sekarang dah ramai yang tak mengenali jenis-jenis ulaman dan buah-buahan tempatan serta nama ikan....mereka lebih kenal dengan kfc,mc donald datau nugget...

    BalasPadam
  4. Zaman berubah.....tu yg kata 'transfomasi' tu. Zaman saya bersekolah (rendah) saya menoreh getah. Buat getah beku atau buat 'keping', gunakan mesin getah.

    Anak2 saya semuanya tak pernah pegang pisau toreh dan saya rasa tak pernah tengok mesin getah tu..

    BalasPadam
  5. menarik….& cantik gambar dlm entry ni. Dapat juga ilmu mengenal rupa daun daun selasih, bebuas & semangkuk .

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum Zeno, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog akak.Jika Zeno ada kelapangan marilah ke kampong akak, kita boleh makan 'ketam segar' yang baru di tangkap dari lautmanis rasanya....

    BalasPadam
  7. Hi.Bolehkah saya tanya mana boleh saya dapat buah jering ni?Saya tinggal kat Penang.Terima kasih.

    BalasPadam