07 Disember 2011

Resepi: Kacang Pool


Kacang Pool






Bahan-bahan ( 15 orang )
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ , 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak

#Bahan untuk kisar#
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar
#Bahan Hiasan#
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan

Cara Masak
Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.

Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis atau pun roti potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan