Syukur alhamdulliah Pada28 & 29 Mei 2011 majlis perkahwinan anaknda ku telah berlangsung dengan jayanya.Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Johor Jaya. Majlis berlansung pada hari sabtu dengan majlis akad nikah. Jurunikah ialah imam Mahdir dari Masjid Kampong Melayu, Majidee. Selapas upacara akad nikah majlis Khatam Quran yang diketuai oleh Pn.Hajah Jamilah dan ahli persatuannya. Pada malam nya majlis beriniai juga di adakan.
Pada 29 hb.Mei baru berlangsung majlis jamuan dan persandingan diantara dua pasangan adik beradik iaitu Fakhru Anwar dan Nur Shamsiah (Majlis Sambut Menantu) serta pasangan NurIzzaty dan Zulhairi.Kepada semua saudara mara yang bertungkus lumus membantu dan rakan taulan serta rombongan dari Terengganu dan Kelantan yang sama-sama meraikan majlis ini diucapkan ribuan terima kasih. Semoga keempat mempelai akan berbahagia sehingga ke akhir hayat....amin...