06 Mac 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PBS hari kedua.....

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang
alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,
refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat
memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah
untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus
sekolah mentadbir sekolah.

2. OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;
(i) memahami budaya sekolah;
(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;
(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;
(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,
iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
(x) mendokumentasikan Pengalaman berasasakan sekolah.

Menyiapkan papan pendidikan seni....
Mesti senang hati ketua Panitia Pendidikan Seni...




Cikgu Rusyidah bersama Pn.Yau


Cikgu Nadia juga berkesempatan merakamkan potretnya bersama Pn.Yau.



Cikgu-cikgu PBS ni memang rajin....



Membantu di kelas Pemulihan....
Kalau boleh selalu le 'ROS" kat sini
Budi baik kalian pasti kami kenang...



Macam-macam kerja depa suruh kita buat....


Mudah-mudahan apa yang mereka perolehi di sekolah ini akan memberi kesan yang positif untuk mengharungi profesion perguruan . Semoga mereka akan terus tabah dan bergembira menjadi seorang pendidik. Pengalaman menjadikan kita dewasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan