19 Mac 2012

RENUNG-RENUNGKAN.....




Adik-adikku.............
Ku mohon seketika
Untuk menceritakan isi hati ini

Adik-adikku................
Tiada galang gantinya
Sinar mata mu yang menyejukkan
Tutur bicaramu yang menyenangkan
Tingkah laku yang mengembirakan
Sungguh dekat dihati ini...

Adik-adikku................
Ku sedar bebanan di bahumu
Kerana aku pernah lalui lorong itu
Untuk sampai ke sini

Adik-adikku....................
Kau janganlah persalahkan bonda
Juga jangan persalahkan ayahnda
Kerana menaruh harapan, manggantung cita-cita

Adik-adikku.....................
Mereka bukannya hartawan
Tapi mereka ibu bapa yang sedar dan pintar
Ilmu adalah pusaka yang terbaik
Buat bekalan dunia dan akhirat

Adik-adikku......................
Suatu hari nanti
Kau temui jua cahaya yang dikata mereka
Dan ku harap kita akan temui
Yang penting hubungan kita tetap utuh...

Sentiasa Kakak mu......................sentiasa menyayangi kalian...



4 ulasan:

  1. salam...
    puitis bahasanya...

    BalasPadam
  2. Terima kasih cik gu Liza....cikgu mengajar dimana.

    BalasPadam
  3. salam...
    saya ngajar kat sk kampung selamat..dekat bukit merah lake town

    BalasPadam
  4. Bulan okt 2011 JPN Johor ade melawat sekolah penanda aras ke perak, pulau pinang dan kedah. Di Perak kami pergi SK kg Pasir Putih kat Ipoh dan lagi satu saya lupa nama sekolah tu, kawan2 saya ade juga yg mengajar di perak....selamat berkenalan. Tahniah! Blog Liza berbentuk ilmiah, blog akak suka2 aje....blog orang tua....

    BalasPadam