15 Julai 2012

Nasi Ambang


Nasi Ambang.
Assalamualaikum........ 


Kali ni saya nak cerita mengenai  makanan. Teruja bila teringat pasal Nasi Ambang. Mungkin ramai tertanya-tanya  apakah nasi ambang tu? Nasi ambang merupakan sebuah makanan orang jawa. Di kalangan orang jawa, ia dikenali sebagai Nasi Ambeng. Biasanya, ia dihidangkan masa kenduri arwah di perkampungan orang jawa. Sebenarnya, tujuan asal nasi ambang ni disediakan hanyalah utk tetamu mengalas perut sahaja kerana tetamu akan bawak balik bungkusan makanan yg akan diberikan kepada kaum keluarga tetamu. Tapi sekarang ramai yang jadikan Nasi Ambang sebagai medium perpaduan. Satu usaha yg murni. 


Resipi dan penyediaan nasi ambang boleh dikatakan senang jugalah . Mungkin yang payahnya sekarang ialah untuk  mencarik dulang bulat yg lebih senang aku panggil talam jawa. Huhu. Tak banyak kedai yang jual talam jawa ni. Walaupun penyediaan Nasi Ambang boleh dikatakan senang tapi Nasi Ambang boleh dijadikan lambang kepada perpaduan orang Jawa mahupun Melayu. Mana taknya, Nasi Ambang bukannya boleh makan satu orang dalam satu talam jawa tetapi dalam satu talam jawa tu boleh dikongsi seramai 3-5 orang. Bayangkan, dalam satu talam jawa, kita suap sama-sama. Memang  akan terserlahlah perpaduan di kalangan kita. Dalam satu talam jawa ni, ada nasi putih, ikan masin, kacang tanah goreng, serunding, ayam goreng setengah ekor atau ayam masak kicap dan satu jenis sayur. Nasi Ambang tidak memerlukan lauk berkuah sebab ia makan secara ramai-ramai. Satu set Nasi Ambang boleh dimakan 3-5 org satu talam
'Nasi Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 bahagian.





Bahan-bahan: (4 orang)
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang

1) Mee goreng Jawa :: Bahan-bahan:
Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen
Bahan untuk di mesin
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
kicap mee 4 sudu ( agak2)
lada kering 2sudu
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis
Cara Menyediakan:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

2) Serunding kelapa :: Bahan-bahan:
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...:) saya peminat nasi ambeng dan sekarang ni ambil tempahan. Bagi saya yg paling renyah nak buat sambal goreng. Terutama sekali kalau nak hiris kacang panjang tu:) selamat berkenalan

    BalasPadam