13 Ogos 2012

Cornflake Madu…..


Cornflake Madu…..
Salam petang buat semua..bersiaran sekali lagi saya pada petang sabtu ini...sementara ada kesempatan boleh la nak masukkan entry cornflake honey yang saya baru buat sebentar tadi. Sebenarnya kami tiga beranak memang dah terasa letihnya….manakan tidak letihnya separuh hari kami mengemas dapur,alih  sana dan alih sini…Tapi kena juga buat petang ni jika tak alamat tak menjadilah kuih raya kami tahun ni. Cornflake Madu kegemaran kami sekeluargamakan la nak puas-puas selagi korang boleh makan dan suka...mau taknyer suka rasanyer yang lemak-lemak butter wangi gitu dan manis-manis bermadu...pehhh menggoda yang tidak boleh nak makan banyak ni pun boleh makan sedap weiiiii garing dan wangi bau butter tak boleh tahan..











Hasil usaha kami tiga beranak


Cornflake Madu...

Bahan-Bahan:

5 cawan - cornflake (saya guna KelloggCornflake)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan butter
4 sudu makan madu
mangkuk kertas kecil secukupnya

Cara:

1. Masak butter, gula dan madu dalam periuk dengan api yang kecil, gunakan senduk kayu kacau kan hingga butter mencair dan mendidih bersama gula dan madu tadiBila dah agak berbuih-buih padamkan api.
2. Masukkan cornflake ke dalam butter berkaremel tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Sudukan cornflake ke dalam mangkuk kertas dan buat hingga habis
4. Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit dan sejukkan.. Simpan dalam bekas kedap udara dan anak2 pasti suka makan..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan