25 Ogos 2012

Sahabatku....

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
   baik
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik 
   persahabatan kamu
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai 
  atau menyebut kebaikan kamu.
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan   
    kesusahan kamu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk 
   menjaga kepentingan persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara
  buruk atau maksiat.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
   kamu
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan.
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya ada awal tiada penghujungnya..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..
Seutas tasbih sebuah janji



Sahabatku Hawa


Di kediaman Hawa







2 ulasan:

  1. Memanglah terlalu jauh perbezaan bila saya melihat wajah Pn Hawa di blog Cikgu Aisah ini berbanding 38 tahun dahulu. Memang saya tidak akan mengenalinya jika terserempak di mana-mana pun. Sedangkan Cikgu Aisah yang selalu diajak berbicara dan berjenaka malah pernah datang ke rumahnya serta menghadiri majlis perkahwinan anaknya tidak saya kenali (tak perasan) bahawa kami pernah dalam satu kelas.

    Secara jujur saya terasa cemburu sebab Cikgu Aisah telah bertemu dengan Pn Hawa pada hari raya tahun ini. Keadaan dan suasana membataskan aktiviti kita.

    Insyallah suatu ketika nanti kita bertiga akan bertemu, walaupun tidak dapat dipastikan masa dan waktunya.

    Kepada Cikgu Aisah, apa kata kalau kali ini anda dan suami pula berkunjung ke rumah saya ? Pintu rumah saya sentisa terbuka untuk anda....

    BalasPadam
  2. Insyaallah jika ada kelapangan waktu akan sampai juga kami kesana, kami datang bersama dengan anak-an ak boleh ke....

    BalasPadam