10 November 2012

Sekelumit Kenangan indah di Musim Haji 1433H (Fasa 11)


Assalamualaikum dan dengan Bismillahirahmanirrahim,

Bersyukur kepada Allah swt krn diberikan peluang menunaikan Haji 1433 baru-baru  ini. Ingin saya kongsikan beberapa foto ketika berada di dua Tanah Haram iaitu Makkah dan Madinah. Memandangkan saya memilih untuk  menunaikan Haji Tamattuk bermakna saya terbang dari lapangan terbang Senai   Malaysia terus ke Madinah.

Alhamdulillah, ziarah 8 hari di Madinah mengizinkan saya menyempurnakan 40 waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Dengan rendah diri, sedikit perkongsian pengalaman saya, semasa melawat Raudhah, dalam kesesakkan bersama warga Afrika, Somalia dan lain-lain terasa sangatlah sukar untuk menunaikan solat sunat di kawasan Raudhah (atau dikenali jua sebagai Taman Syurga). Hati rasa sedih, gerun, takut melihat desakkan dan asakkan-asakkan jemaah dari Negara-negara lain. Alhamdulillah, seorang Makchik Turki mengesyorkan saya bersolat dua rokaat dengan bantuan jagaan keselamatan dari beliau. Selesai solat dua rokaat, saya mengucapkan terima kasih dan kami berpelukan erat dimana beliau bak seorg ibu memeluk erat saya bagai anak sendiri dalam dakapannya. Masing-masing hati kami tersentuh sayu pilu. Reda dari perasaan sebak dan selesai berdoa saya pun tak tahu perempuan Turki itu menghilang entah ke mana dalam ribuan jemaah yang semakin ramai.

Ziarah di Raudhah (Taman-Taman  Syurga)
Pengertian Taman-Taman  Syurga ditafsirkan ulama sebagai:

Bahawa Allah swt menurunkan rahmatnya dan berbagai kebahagiaan di tempat itu kerana  tempat itu di lakukan zikir dan perkara yg mendekatkan diri kepada Allah swt maka sudah tentu mereka dijanjikan syurga.
Tempat itu kelak setelah qiamat benar-benar akan dipindahkan oleh Allah Taala ke Syurga hingga ia menjadi sebahagian daripada taman syurga yag hakiki.

Orang-orang  yang pernah berdoa di Raudha akan melihatnya di Syurga.



Terdapat 12 Payung Raksaksa di luar Mesjid Nabawi yang mengembang di waktu siang dan menguncup di malam hari. 




                                 

Masjid Nabawi Madinah




                                                          Taman Saqifah Bani Sa'idah


Diceritakan, Rasul s.a.w suka berehat di taman ini setiap kali kembali dari peperangan. Taman ini nyaman, segar dan harum dengan kesegaran tumbuh-tumbuhan di persekitarannya. Taman ini berhampiran Mesjid Nabawi dan kita boleh berjalan kaki ke pasar Korma Madinah yang berhampiran. Hati tersentuh sayu dan pilu seolah-olah terbayang seorang lelaki berjubah putih, yang tenang, lemah, lembut, indah parasnya berserban masuk ke taman itu dan berehat dgn santainya seolah-olah melihat kepada kami dengan senyuman. Burung-burung kecil keriangan berkicauan menyambut kehadiran kami di taman itu. Dan hati pun tidak putus-putus bezikir.






Bersambung lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan