30 Disember 2012

Berakhirnya cuti-cuti 2012 fasa 4.....


Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Semasa di fasa 3 saya hanya menceritakan tentang Sungai Choa Praya kini kami sekeluarga ke ke Safari World pula yang  jarak perjalanannya lebih kurang 40 minit dari hotel dengan menaiki bas pelancong. Kami bertolak  lebih kurang jam 8:00 pagi  waktu tempatan. Safari World Bangkok, adalah kebun binatang terbuka paling popular dan terbesar di Thailand, dengan luas 200 hektar, Safari World terdiri dari dua atraksi utama – Safari Park dan Marine Park.
   Jika Anda belum pernah ke Afrika maka, Safari Park adalah pengalaman safari paling sesuai . Dengan menggunakan kendaraan Anda boleh  melewati daratan-daratan yang dirancang seperti di Afrika, melihat ratusan binatang dari seluruh dunia




Semasa sampai di Safari World, Bangkok...




COWBOY SHOW MARINE PARK


Ini pula tempat persembahan Western Cowboy Stunt. Kalau tak nak kuyup tersimbah air, jjangan duduk betul-betul  di depan gelanggang berhampiran perigi & bekas berisi takungan air tu. Lagi satu jangan terkejut beruk, binatang yang mula-mula  keluar membintangi show ini ialah sekumpulan vavi, almaklumlah kunon-konon nya di ladang orang putih  zaman dulu-dulu…

 













Pertunjukkan ikan lumba-lumba (DOLPHIN SHOW)





Hah, tengoklah tu... sesak, kan? Gelanggang sikit le  punya besar tapi sampai kat tangga ada orang duduk, yang berdiri kat belakang pun ada...gara-gara nak tengok pertunjukan ikan lumba-lumba.....memang seronok...







Inilah julung-julung  kalinya saya tengok ikan lumba-lumba buat persembahan. Macho aje lagak si jurulatih tu tunggang ikan tu. Mesti megah  giler agaknya ......  entah-entah  kat Asia ni dia sorang aje yang boleh buat macam tu. Atau saya yang  dah ketinggalan zaman?






dolphin show safari world bangkok


Safari Park 





Struktur atap tu memang melengkapkan safari ni, nampak cantik pulak. Segala jenis haiwan adadi sini dan mereka hidup didalam  kelompok kumpulan masing-masing.



SafariWorldBangkokPictures416-d.JPG

SafariWorldBangkokPictures413-d.JPG

SafariWorldBangkokPictures441.JPG


SafariWorldBangkokPictures420-d.JPG

SafariWorldBangkokPictures415-d.JPG




Kumpulan singa ini sedang berehat, mungkin juga sedang menunggu untuk diberi. Kesian tengok perut perut singa yang  melempeng kempis tu..











Terima kasih.....kita ikuti pengalaman seterusnya.....jumpa lagi....



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan