Aktiviti Cuti Sekolah.......
ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini hari ke empat kami berada di PJ.Tak tau bila nak
balik ke rumah…dirumah saya bersendirian aje….lebih baik saya disini ada juga si cucu untuk di ‘agah’…
Hidangan tengah hari
menantu saya menyediakan “Singgang Daging” saya
pernah mendengar tentang keenakan singgang daging tetapi tidak pernah merasainya…..Bagi saya orang Johor agak pelik bila daging dibuat singgang….bila sebut singgang hanya
terfikir dibenak ini ikan sahaja yang kami boleh buat singgang. Rupa-rupanya daging pun boleh...
Syukur alhamdulliah hari ini saya dapat merasa
dan
menekmati keenakan singgang daging yang dimasak oleh
menantu saya…beliau orang Terengganu..Emm...enak sungguh singgang daging ni….Rugi pula rasanya jika saya tidak berkongsi dengan anda resepi yang sungguh istimewa ini. Kata orang ilmu mestilah dikongsi bersama.Oleh itu, pada kali ini saya akan berkongsi resepi menantu saya iaitu satu masakan yang enak dari negeri Terengganu.
Ini le singgang daging Terengganu....
dah siap dan boleh dimakan dengan nasi panas..
Daging Singgang Terengganu
(Resepi menantu saya)
Bahan-bahanya….
¼ kilo daging lembu
¼ kilo tulang lembu
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
5 batang serai
1 camca besar lada hitam
1 camca kecil jintas manis
1 camca besar ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa
cara:
1. bersih daging dan tulang lembu.
2. kemudian masukkan ke dalam periuk dihidangkan... bersama air.
3. tumbuk semua bahan-bahan di atas.
4. masukkan ke dalam periuk tadi masak hingga daging empuk....boleh le
Tiada ulasan:
Catat Ulasan