10 Disember 2013

Cuti sekolah 2013...


Melayan Hobi sambil menambah rezeki...

Selagi jantung berdegup, selagi ombak menghempas pantai,
 selagi mentari melimpah sinar,
selagi itulah fikiran ini beligar untuk mengisi masa lapang yang berfaedah

AKSESORI sering menjadi keutamaan dalam penampilan harian wanita. Walaupun dengan hanya menggayakan jam tangan, ia sudah memadai bagi mereka yang ingin tampil ringkas.
Namun, bagi wanita yang gemar berhias, penggunaan perhiasan seperti rantai, cincin dan gelang tangan amat dititikberatkan.

Pelbagai rekaan dan bentuk gelang tangan boleh diperoleh kini bergantung kepada cita rasa dan kesesuaian padanan aksesori berkenaan pada diri.
Lebih menarik, ia juga boleh dihasilkan sendiri mengikut kreativiti dan teknik yang betul sama ada menggunakan gabungan batuan kristal atau manik.
Malah, bajet diperlukan untuk menyediakannya juga amat berpatutan kerana tidak perlu berbelanja banyak, cukup sekadar menyediakan pilihan kristal, playar dan pin.
Bagi saya proses menyediakan gelang tangan daripada batuan kristal cukup mudah. Apa yang penting ialah cara setiap bahagian gelang tangan dibentuk dan disambungkan bagi membentuk rekaan diingini perlu sekata.
“Imaginasi amat penting kerana melaluinya kita dapat membayangkan bentuk yang ingin dihasilkan. Kemudian jadikan ia lakaran asas agar rekaan terbabit boleh diberikan penambahan idea baru untuk menjadikannya lebih menarik.
“Teknik lilitan dan ikatan pin juga perlu betul bagi memastikan setiap sambungan di antara bahagian kristal terbabit sentiasa kemas,” katanya.
Tidak sukar untuk belajar cara menghasilkan lilitan dan ikatan pin kerana bahan diperlukan untuk menyediakannya hanya playar.
Tetapi tanpa kesungguhan dan minat pembuatnya, setiap hasil kraf yang ingin dihasilkan tidak akan berhasil kerana ia amat memerlukan ketelitian.


Si cucu berdua ni  sempat memperagakan hasil penat lelah neneknya...
Mudah-mudahan mereka berdua  juga berbakat menghasilkan idea-idea kreatif...
Insyaa Allah...








Gelang kristal yang telah disiapkan untuk tempahan...
bersabar ya pelangan-pelangan ku...








Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat gelang...







Selamat menempah....