03 Januari 2014

Kelasku 2014

Sentuhan terakhir untuk kelasku sayang....

2013 telah pun melabuhkan tirainya ,sudah pasti ia tidak akan berkunjung lagi. Suka duka sudah kita lalui bersama.  Bagi 2014 tetap menggantikannya  .Disaat ini  saya  sedang menghitung hari namun semangat ini tetap kental untuk menghadapi hari mendatang. Pada hakikatnya saya tetap akan meninggalkan profesyen ini tapi hati dan perasaan saya, saya amat menyayanginya. Ia sudah sebati di jiwa ini.



Anak didikku .

detik waktu semakin pantas berlari...
menjadikan waktu perpisahan semakin hampir...
membuatkan jiwaku tertekan kerana kita tak mungkin dapat bersama lagi...

ketahuilah duhai anak didikku
sesungguhnya perpisahan ini akan menjadikan diriku seorang perindu...
rindu akan sentuhan mesramu...
rindu akan gelak dan tawamu...
rindu akan senyuman dan bicaramu...
dan rindu segala-galanya...

Anak didikku ...
hanya satu yang ku pinta...
walaupun kita akan berjauhan...
jangan sesekali engkau lemparkan kenangan kita bersama...
jangan dikau buang ia di tepi jalanan...
kerana ia adalah lambang perjuangan  diantara ENGKAU dan AKU...
Teruskan perjuangan mu walau tanpa aku...

Anak didikku ...
sebelum tinta ini bernoktah nyata...
ku mohon maaf atas kekhilafan diri...
dalam nyata atau tersembunyi...
hingga mencalar luka di sudut hati...
kerana ku hanya insani...
yang penuh dengan kekurangan diri...
sebagai hamba yang tercipta...

namun percayalah...
dirimu adalah jiwaku .
yang sejati sentiasa di hati...
terima kasih padamu Tuhan...
kerana mempertemukan aku diprofesyen ini...


Sentuhan terakhir untuk kelasku sayang....

































Sentuhan terakhir saya untuk kelas yang amat saya sayangi...

2 ulasan:

  1. Setiap bermula pasti ada akhirnya. Bermula dengan pendaftaran sebagai seorang guru terlatih dan berakhir dengan menerima sijil persaraan. Namun begitu saya mengucapkan syabas kepada Cikgu Aisah kerana kegighannya melaksanakan tangung jawab yang digalas sebagai seorang guru. Jawatan Guru Pemulihan yang bukan semua guru boleh menjawatnya. Anda adalah seorang yang istimewa di mata anak2 murid pemulihan.
    Nasihat saya teruskan bekerja (seperti biasa, kalau boleh lebih lagi) sehinggga ke hari terakhir perkhidmatan.

    Jangan seperti sesetengah orang, yang sudah bersara sebelum benar2 bersara. Ramai orang didapati sudah 'terlalu lesu' walaupun masih ada dua tiga tahun hendak bersara.

    Cuma saya ghalat sebab tidak dapat berpeluang melawat kelas Cikgu Aisah, kecuali menerusi blog ini sahaja.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Syukur alhamdulliah ,..Bermula dari khidamt ikhlasmu menunjuk ajar membuat blog akhirnya saya sampai ke tahap ini. Jasamu tetap dikenang.

    BalasPadam