05 Julai 2014

SELAMAT BERPUASA 1435H - 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera


rindu serindunya....mudah-mudahan Allah beri kesempatan lagi untukku menjadi tetamuNYA...Aamiin..

Ya AlLLAH .... 
SEkiranya  Ramadhan kali ini adalah ramadhan kali terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... 
menerangi kegelapan hati ku 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti 

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Istimewanya untuk  ayah dan bonda, saudaramara , teman-teman dan sahabatku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan-bulan yang setersunya. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pun di alam  maya ini.


Dugaan  perlu Ketabahan..
Keputusan perlu Keberanian..
Puasa melatih Kesabaran..
Segala salahku mohon dimaafkan.




Setitik tinta jadi noda..
Setitik salah jadi dosa..
Bulan penuh berkah telah tiba..
Mari tekun ibadah di bulan puasa..
Marhaban Ya Ramadhan..
Sambutlah dengan senyuman.


Maaf sudah beberapa hari kita berpuasa baru hari  ini saya berkesempatan mencoret sepatah dua kata di laman sesawang saya ini... 


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt.
    Saya baru sampai di rumah ni (dari Shah Alam)...terus ngadap laptop. Tengok HP tak puas dan susah nak buat komen di blog.
    Sama2lah kita berdoa agar keluarga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindunganNya.
    Raya nanti siapa yang nak mengalah dulu. Maksudnya siapa yang nak mengunjungi siapa dulu...hehehe (macam budak2 pulak). CA dah pernah sampai ke rumah saya, tetapi hanya di bawah khemah di luar rumah. Saya pulak dah banyak kali (dengan kawan2 dan dengan keluarga) masuk serta duduk di sofa empuk CA. Jadik faham2 lerrrr........
    Wassallam....selamat berbuka.

    BalasPadam
  2. Insyaallah jika diizinkan Allah dan panjang usia akan sampai kamai ke mahligai bahagia En.Atih sekeluarga di Taman Aman, Yong Peng, Batu Pahat Johor...

    BalasPadam