25 Ogos 2014

Marhaban ya Marhaban



Assalamualaikum

Syawal sudah tiba di penghujungnya. Syukur alhamdulliah kehaderat  Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah kami menerima tetamu yang amat teristimewa untuk berkunjung  ke rumah kami...Tetamu  yang dimaksudkan ialah tetamu cilik dari Pra Sekolah SKTJJ2 dan tetamu istimewa PKBP juga dari SKTJJ2.  Walaupun tarikh kunjungan agak berbeza tapi matlamtanya tetap sama.  Terima kasih kepada GPK Kokurikulum En.Mazlan, Guru Pra Sekolah  Cikgu Mimi Zaekiah, Pn.Aziah  kerana sudi memabawa anak didik mereka ke teratak usang kami.  Jika ada tersalah salah dan silap harap maaf dari kami seskeluarga.

Melayan tetamau Pra Sekolah (16 .8.2014)














Pada pandangan saya program yang mulia seperti ini sepatunya diteruskan . Terutamnya pada anak-anak kecil pra sekolah  dan PKBP . Program ini dapat melatih mereka
 Mengucapkan salam, bersalam-salaman dengan tuan rumah,membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, mencuci tangan sebelum dan selepas makan, membaca doa sebelum dan selepas makan,meratur semasa mengambil makanan dan menerima buah tangan dari tuan rumah dan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah


Melayan tetamau PKBP (24.8.2014)

Diantara wajah-wajah comel mereka...


Cucu  oh cucu.... tak nak turun tengok tetamu ramai berkunjung..












Terima kasih kepada semua guru dan warga kerja PKBP SKTJJ2 dan khas untuk GPK PKBB Tn.Hj.Sallehuddin (Rakan saya yang sudah hampir 20 tahun tidak ketemu ) serta Penyelaras PKBP En.Kamal bin Abd.Kadir.  Semoga kunjungan ini akan mengeratkan persahabatan kita.


Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi
Thanking You With Flowers




2 ulasan:

  1. Terima kasih..melayan dan menyediakan pelbagai juadah yg sgat istimewa.diharapkan sudi menerima kunjungan lagi untk thun berikutnya

    BalasPadam
  2. Insyaallah jika diizinkan Allah dan akak diberi kesihatan yang baik, sudikan lagi ke teratak kami ya cikgu2...

    BalasPadam