23 November 2014

Bertemu Kembali OTAI SMGP Fasa akhir...

Sahabat di Kuala Lumpur bertandang ke rumah cikgu Tn.Haji Kamruddin lagi....


Assalammualaikum WBK dan salam sejahtera semua sahabat Otai yang dikasihi...

Di atas permintaan sahabat saya teruskan lagi menulis di entry ini...Sebenarnya saya  menulis mengikut mood saya..... Berbulan-bulan tidak menulis hingga bersawang entry ini..Entah kenapa sejak bertemu kembali rakan-rakan Otai saya begitu teruja untuk menulis dan terus menulis...Seperti yang pernah saya luahkan penulisan saya sekadar penulisan biasa sekiranya terdapat salah dan silap saya susun jari sepuluh mohon ampun dan maaf...

Berjumpa cikgu dan sahabat lama memang mengujakan . Apa tah lagi  cikgu yang pernah mengajar kita suatu ketika dahulu  pasti tidak dapat kita lupakan..Begitu juga dengan  sahabat karib di zaman persekolahan . Sahabat yang sama-sama belajar, bermain,   bersenda, yang saling membantu dalam susah atau senang dalam sempit dan lapang... 

Cerita kita hanya kita yang tahu, cerita orang kita jangan ambil tahu, sedih kita hanya kita juga yang tahu  sedih orang  kita tidak tahu.
 "Berkawan biar seribu berkasih biar satu"... 
Siapa lah yang tak punya sahabat di dunia ini. Bila terkenang kembali terutama di zaman kanak-kanak dan remaja boleh membuatkan kita tersengih dan tersenyum sendirian...Kadang kala isteri atau suami menegur 
" Hai terkenang Mak We  atau Pak We ke"...Edaran masa merubah segalanya hanya di hujung jari kita bersua semula di alam maya ini...


Wajah cikgu Tn.Hj Kamarudin  terkini.

Guru oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 
1979

Terima kasih Cikgu.... Tika itu kami hanya insan kerdil yang tak mengerti apa-apa. Cikgu didik cikgu asuh tanpa jemu hingga kami jadi manusia berguna... Syukur alhamdulliah cikgu jasa mu tetap dikenang hingga ke akhir hayat kami.  Kami sentiasa mendokan kesejahteraan cikgu... mudah-mudah usaha murni cikgu mendidik kami hanya Allah jua yang mampu membalasnya ....Kami berdoa pada  Allah semoga mempermudahkan  segala urusan cikgu dunia dan akhirat... Aamiin..

Wajah kesayangan isteri beliau...






Dakapan penuh kasih sayang daripada seorang guru untuk anak muridnya 
yang sekian tahun tidak ketemu...Kehendak Allah tiada siapa dapat menyangkalnya. Hanya Allah jua yang megetahui perasaan mereka tika ini...Sebak dan pilu...


Sahabat yang bertuah yang dapat bertemu cikgu...Alhamdulliah..


Hajah Kamariah yang sudi menyediakan hidangan lazat pada hari itu...
Pakar masak yabg terkenal di kalangan Otai Gelang Patah...
Keikhlasannya terserlah...




Diperakui sendiri oleh sahabatnya Datin Hajah Halimah...


Syukur alhamdulliah rezeki Allah....


KauKawanSahabat & Teman
Album : Tika Itu
Munsyid : Unic

http://liriknasyid.com



Ketika mula bertemu

Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama 

Sekian......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan