10 November 2014

Majlis Kesyukuran keluarga Haji Ibrahim bin Haji Mohd Don

 Majlis kesyukuran ....


Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.





Tuan Hj. Ibrahim dan isteri

Kad undangan 

Syukur kehaderat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya dapatlah kita berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita. Majlis  berlangsung pada 8 Nov 2014 bertempat di  Hotel Hayatt Regency Singapore.






Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

DOA MAJLIS KESYUKURAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit atau lebih dan nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin mengeratkan hubungan silaturahim  di antara kami  
Justeru berkati dan rahmatilah perjumpaan  kami ini. Kurniakanlah kepada kami kemeseraan yang berpanjangan. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah -mudahan hubungan persaudaraan ini akan berkekalan hingga ke Jannah..Aamiin.

Mejar(B) Saudara Lokman bin Abdullah menerajui bacaan doa
(tak sempat merakam gamabr semasa)

Penyambut tetamu

Majlis kesyukuran yang yang diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama dan sumbangan tenaga serta buah fikiran daripada seluruh ahli keluarga.   Jasa kalian tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak terbalas rasanya.... 

Peneraju utama bagi  menjayakan majlis 
bergembeling tenaga hingga  majlis selesai

Sebelum majlis bermula...









Keluarga arwahyarham Hj.Mohd Don dan arwahyarhamah Hajah Kamsiah binti Osman
Kalau ia pun nak bergambar reraamai tu alihkan dulu meja tu,,,...



Keluarga Pak Long


Keluarga Pak Ngah


Keluarga Pak Busu

sahabat beliau..

Gelagat anak buah cucu dan cicit






ayah dan bonda

Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
 Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
 Mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu
 Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
 Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini semoga
Allah memberkati kehidupan ayah ibu Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
 Kerana di situ letaknya syurgaku
 Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
 Kasih sayangmu sungguh bernilai
 itulah harta yang kau berikan
 Ayah dan ibu
 Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu Kasihanilah Tuhan,
 ibu yang telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia dan akhirat sana
 Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
 Berkorban raga rela binasa
 Kasihnya ayah tak sanggup berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
 Biarlah jiwa akan tersiksa Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan ibuku tersayang
Diatas setiap segala pengorbanan
serta setiap titis air susu yang telah membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU





















insan-insan yang ku sayangi...





sepupu kami






Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi


8 ulasan:

  1. alhamdulillah..tenang..ceria..bahagia..tumpang gembira kak..semoga berkekalan kedamaian silaturrahim hingga ke syurga..

    BalasPadam
  2. Tahniah.....tahniah...tahniah.
    Berapa jumlah hadirin yang datang ?
    Siapa dan dari mana (datang) yang paling jauh ?
    Hehehe....saje tanya. Nak tau je....

    Tahniah sekali lagi. Didoakan semoga sillaturahim berkekalan dan harmoni selalu.

    BalasPadam
  3. Terima kasih...Syukur alhamdulliah... hanya keluarga kami aje dan kawan2 ayah saya....Buat kecil2an aje...
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..Alhamdulillah.. Tahniah dan Syabbas kpd seluruh kaumkga sanaksaudara dan shbthandai Tn Hj Ibrahim bin Hj Mohd Don di ats kejayaan majlis kesyukuran yg sgguh gilang gemilang..
      Moga AllahSWT limpahi RahmatBrkh berterusan kpd kalian agar bersilaturrahim spnjghyt hgga ke Jannatul Firdausi.. Aamiin YaRabbal 'alamiin.
      Ayah dan Ibu
      Ayah dan Ibu.. itulah permulaan kami
      Dpt melihat bulan dan matahari..
      Ayah dan Ibu
      Ayah dan Ibu.. wali2 keramat
      Pada mereka kita beri hormat..
      Kshsyg dicurah sama rata
      Siang dan mlm tak kira masa
      Ayah dan Ibu tetap bertakhta
      Jasa budimu dikenang sntiasa

      Padam
    2. .. Alhamdulillah.. Tahniah dan Syabbas kpd seluruh kaumkga sanaksaudara dan sahabathandai Tuan Yg Diraikan Tn Hj Ibrahim Bin Hj Mohd Don, di ats kejayaan majlis kesyukuran yg penuh gilang gemilang. Moga kemesraan dan hubungan silaturrahim berterusan spnjg hyt hgga ke Jannatul Firdausi.. Aamiin YaRabbal 'alamiin.
      Ayah dan Ibu..
      Ayah dan Ibu.. itulah permulaan kami
      Dapat nelihat bulan dan matahari
      Ayah dan Ibu..
      Ayah dan Ibu.. wali2 keramat
      Pada mereka kita beri hormat
      Kasih dicurah sama rata
      Siang dan malam tak kira masa
      Ayah dan Ibu tetap bertakhta
      Jasabudimu ku kenang sntiasa

      Padam
  4. Syukur dan tahniah pada akak sekeluarga. Semoga ukhwah silaturahim akak dan semua keluarga akan tetap terjalin selamanya. Saya tumpang gembira dan seronok melihat keakraban dan kemeriahan majlis yg telah disempurnakan dengan jayanya..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt....maaf, baru berkesempatan membaca blog ibu...tahniah ibu dan seluruh ahli keluarga....semoga hubungan bertambah erat silaturahim terjalin bertambah berkat....tahniah sekali lagi!

    BalasPadam
  6. Tahniah dari keluarga allahyarham syed abd munaim Aljunied. Maaf tak dapat hadir. Kiriman salam dari ibu saya, sharifah alawiah

    BalasPadam