17 Mei 2015

Setahun telah berlalu....


Assalammualaikum WBK, di suasana yang hening ini dapat kita kembali bersua di entry yang bertuah ini.  Syukur kehaderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya kita diberi peluang untuk bernafas lagi.. Dikesempatan ini saya ingin memanjatkan doa agar semua saudara mara dan sahabat handai berada di dalam keadaan yang sehat walafiat. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan...Aamiin.. Syukur alhamdullilah ...

Sejak dah bergelar YB entry ni dah agak bersawang, jika dulu kononnya tak cukup masa...Tapi sekarang dah cukup masa pun tak sempat nak menyinggah di sini...

Pejam celik,  pejam celik sudah setahun masa berlalu, Setahun juga  saya sudah  bergelar YB.  Bukan mudah nak dapat gelaran ni...
Semalam 16.Mei hari keramat bagi kami yang berkerjaya seorang guru .... Walau pun sudah bergelar YB tetapi hari sejarah tetap kami nak raikan juga. Ia agak berbeza dari sambutan yang lalu semasa kami masih lagi bergelar cikgu.... Di atas usaha gigih  rakan-rakan YB Daerah Johor Bahru majlis berjalan dengan meriahnya ... Syukur alhamdullilah..







Puan Fatimah binti Jamil Pengerusi Majlis



Alhamdullilah dapat berjumpa kembali sahabat - sahabatku...




Syukur alhamdullilah.... rezeki kami...
Acara memotong kek sempena bagi mereka yang lahir pada bulan Mei...

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979

Insyaallah jika di izinkan Allah kita berjumpa  lagi...