06 Jun 2016

Bertemu kembali duhai sahabatku...SMGP



Sahabat Anda Semua Tetap Dihatiku...

Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, berpuasa dan menunaikan solat Tarawih. Semoga amal ibadat kita di bulan yang mulia ini diberkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Amin -

Sudah jadi budaya sekarang Whatsapp Grup menjadi medan chat paling popular . Mudah, cepat dan berkesan. Bergantung kepada kita yang menggunakannya.  Apatah lagi sejak akhiri ini WhatsApp sudah boleh buat panggilan 
pulakWahhh lagi la jimat.
Saya sendiri ada beberapa grup di WhatsApp yang saya ditarik masuk. Cuma ada 1,2 
sahaja yang saya aktif. Paling seronok adalah grup bekas kawan-kawan sekolah menengah dulu.


Pada 21Mei 2016 telah melakar  sejarah dalam erti persahabatan kami yang terpisah hampir 45 tahun. Kami dapat bertemu semula di majlis Kesyukuran dan Pertemuan semula di kediaman kami...
.

Bertemu semula selepas lebih 45 tahun adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan
 mengharukan. Banyak perkara dan pengalaman yang masing -masing lalui menjadi perkongsian dan topik yang menyeronokkan. Apatah lagi bila mengenang kembali saat 
sekelas dan sepadang. Aduhaii banyaknya kenangan manis zaman sekolah.


Semoga ikatan persahabatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Jannah... InsyaAllah. Ketahuilah sahabat...walaupun berjauhan,
 anda semua tetap dihatiku...


Sekelas kami 1967 (Tingkatan 1B)

Sekelas kami 1969

Sekelas kami 1967 (Tingkatan 1B)


Tingkatan 5 1971

Bercerita tentang masa sekolah adalah topik paling best. Menyebut nama-nama kawan sekolah dulu, yang sudah berjaya, yang hilang tidak dapat dikesan dan juga yang sudah meninggal, memberikan pelbagai perasaan. Gembira, sedih dan terharu. Mereka pernah menjadi kawan sepermainan di padang, kawan gaduh masa belajar, kawan yang saling menceriakan hari-hari persekolahan saya.... tidak terkecuali yang menjadi teman rapat ibarat bercinta bak monyet. Hahahaha!

Sahabat bersama keluarga masin-masing

Dalam kehidupan, kita tidak dapat mengelak dari meletakkan kawan-kawan dan sahabat sebagai sebahagian diri kita. Walau ada banyak perkara yang harus kita jaga, tutur kata dan soal-tanya yang tidak mengguris hati tetapi mereka tetap penting menceriakan hari-hari saya.. InsyaAllah alam persahabatan itu indah dan ceria.
Saya harap akan akan ada lagi pertemuan semula dengan kawan-kawan sekolah yang lain pula kelak.
Hmmm.. Mereka ni rata-rata masa sekolah dulu tak hensem langsung, tapi dah tua-tua ni cantik dan hensem pulak!...


Ucapan pengerusi Tn,Hj.Amran Mohammad

Bacaan doa diketuai oleh Tn.Hj.Abdul Ghani (bapa saudaraku)
Bersama Hajjah Zaleha Sabtu
Hajjah Sakdiah Isa dan Hjjah Sharifah

Hajjah Fatimah dan Hajjah Maryam
Hajjah Junaidah, Hajjah Sakdiah dan Hajjah Sharifah
Hajjh Halimah Ali dan Hajjah Zaleha 
Hajjah Siti Zaleha

Sahabat saya Hasnah Razak
Hajjah Hadidah
Keluarga Tn.Hj.Abu Hashim

Sahabat yang hadir

Tuan Haji Hadi, Tn.Haji Kamaruddin dan Tn.Haji Zainuddin

Tn.Hj.Abu Hashim dan Pn.Maznah


Hajjah Rosnani Shwal bertudung kuning...

Dr.Amin
Isteri Dr.Amin dan rakan-rakannya..

Apa yang dibincangkan mereka
Hj.Amran, Dr Amin, Hj.Kamaruddin dan Hj.Khalil
Bacaan doa

Ketibaan ketua kelas kami Tn.Hj Abd.Aziz Abdullah

Tn,Hj.Marzuki sekarang dan bergelar ahli perniagaan






Semoga kita berjumpa lagi duhai sahabatku
Jika terdapat salah dan silap saya menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan