18 Jun 2016

PULUT MANGGA



Syukur kehderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama lagi di entry yang saya sayangi ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini " kepada semua saudara mara dan rakan taulan.

Dalam gurau ada senda
Dalam senyum ada tawa
Dalam suka ada duka
Itu lah kita 
Cuma ..
Jangan Di ikut hati luka
Jangan Di fikir salah sapa
Jangan Di ungkit pahala dosa
Anggaplah ruang bertemu kata
Kata sekadar penghibur belaka
Moga silaturrahim tetap ceria
Ramadhan yang  dah tiba
Maaflah sesama kita
Jom sama kejar pahala
Jom Ramadhan terbaik buat kita



Dah lama teringin nak makan pulut mangga ni, alhamdulillah, dapat juga saya  makan pulut mangga yang sangat sedap semalam. Pulut mangga ni popular di Thailand dan apa yang menarik pulut mangga Thailand ni rasanya sangat enak, lemak manis gitu. Kalau makan dua pinggan pun gerenti habis...
Petang semalam kami ke pasaraya S'Mart  anak saya terpandang buah mempelam yang segar jadi dia pun membelinya dan nak buat pulut mangga katanya.
Kalau siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba resepi pulut mangga yang saya kongsilakan ni....

Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Bahan-Bahan: ( 3- 4 org makan )
2 cawan beras pulut – rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
2 helai daun pandan (disimpulkan)
3 sudu makan gula pasir
Mangga Harum Manis (Apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)


Cara Memasak:

Masak Pulut

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak.
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.
Kuah Santan –
1. Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
2. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.


pulut yang sudah dikukus
sudah siap
selamat mencuba...


15 Jun 2016

BERPANTANG...



Pada pertengan Febuari 2016 anak perempuan saya selamat melahirkan anak keduanya.. Beliau melahirkan seorang bayi perempuan  yamg comel....Sebagai ibu saya memang teruja nak menyediakan makanan untuk  beliau sepanjang masa berpantang....Ini le naluri hati seorang ibu...

40 hari berpantang merupakan satu tempoh yang penuh cabaran yang perlu dilalui oleh ibu selepas bersalin. Pelbagai makanan dikatakan mampu mengembalikan kecergasan dan bentuk badan, mengelakkan urat kembang, menghilangkan angin  serta menyembuhkan luka-luka dalaman sekaligus memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu berpantang. Namun, tidak kurang juga terdapat beberapa makanan yang dikatakan panas, tajam, sejuk dan sebagainya yang mampu membuatkan ibu bentan.


Kongsi sebahagian hidangan yang saya sediakan dalam tempuh berpantang...

Singgang ikan parang, petola dan tahu,
 sambal lada hitam serta koko kurma panas.
lobak putih lada hitam letak tulang kurau daun selasih, 
kailan goreng, ikan gerut masak asam dan milo panas..

 Tebal pipi kukus, sawi bunga goreng halia, ikan goreng dan koko kurma panas.
 sup ikan merah, kailan goreng halia, paru/ tempe goreng ketumbar 
dan milo kurma panas
Pais ikan kerisi, sup campur , sambal lada hitam dan koko kurma panas...
 Ikan cermin masak halba, peria goreng halia , ikan masin kurau dan susu panas..
 Daging batang pinang lada hitam, sup sayur, sambal bilis/ halia lada hitam
 dan milo kurma panas...
Sup sawi, daging goreng halia, ikan kerisi, tempe dan koko kurma panas..
sup ikan cermin, peria , ikan goreng dan tamar koko

Siakap kukus , sambal lada hitam, sawi cina dan air milo...
selamat mencuba...




14 Jun 2016

MI VIETNAM


Syukur kehderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama lagi di entry yang saya sayangi ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini " kepada semua saudara mara dan rakan taulan..

Kali ini sama-sama kita kongsi resepi Mi Vietnam ala ala saua...

Bahan2nya
1/2 kg daging lembu di rebus dan ambil airnya. Daging di hiris empat persegi tidak terlalu besar dan tebal
Mee laksa atau pun bee hoon - di celur (*aku guna mee Udon..hehehe)
taugeh - di celur
sawi - di celur
bawang putih } di tumbuk halus utk menumis
bawang besar } di tumbuk halus utk menumis
halia } di tumbuk halus utk menumis
kuib daging knorr atau maggie
daun ketumbar - di hiris kasar2 dan ambil akarnya
daun pudina - utk hiasan (* takde pun takpe)
lada padi di potong kecil2 dan di campurkan dgn kicap nampla atau kicap ikan (fish sos - thailand)
minyak utk menumis

Cara2nya
Tumis bahan2 yg di tumbuk halus hingga naik bau
Masukkan stok air daging lembu (air rebusan daging)
Bila sup telah mendidih masukkan kuib daging knorr dan akar daun ketumbar. kacau lagi
Masukkan kicap ikan dan garam secukup rasa
kacau dan bila rasanya sudah ok, taburkan daun ketumbar di dalamnya dan bolehlah di tutupkan api nya.

Cara sediakannya
Sediakan semangkuk mee laksa tau bee hoon yg telah di celurkan.
Hiasankan dgn hirisan daging lembu diatasnya bersama sawi & taugeh.
Tuangkan kuah ke dalam mangkuk mee dan akhir sekali tabur daun pudina dan kalau suka taburkan sedikit bawang goreng. Lada padi bersama kicap nampla adalah utk cecahan daging










selamat mencuba...

SAHABAT





Assalammualaikum ..... Syukur alhamdullilah kehaderat Allah SWT  kerana dengan limpahkurniaNya dapat kita bertemu kembali di entry bertuah ini...Kali ini saya berpeluang merakamkan sebahagian daripada sahabat saya... sekiranya terdapat sahabat saya yang tidak dapat di paparkan saya menyusun jari sepuluh ampun dan maaf...

Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya ...

Syukur alhamdulillah
Terlalu istimewa berjumpa kembali dengan yang saya sayangi cikgu saya ...
Cikgu Tuan.Haji Kamaruddin....
Jarak waktu memisahkan kita akhirnya kita bertemu kembali 
( BOS saya En.Razim bin Shafie)
Cikgu Junaidah orangnya...Semoga kekal selamanya..

Sahabat lama ku bertemu kembali di Kg Kubu Gajah Selangor (Yam dan Leha)
Kawan sekolah yang terlalu lama terpisah Hj.Hadie dan Hajjah Halimah Ali

Hajjah Kamariah sahabat saya di majlis persandingan anak beliau...
Hampir 40 tahun tak bertemu beliau Kak Jah ku sayang (JHEOA)
Teman sekelas dan sekampong Hajjah Zaleha
terima kasih berkunjung ke rumah kanda adinda Wan Noni dan suami
Terima kasih Dato Rashid


Terima  kasih adinda Fah..
Yam dan Zan di Kg.Kubu Gajah... Lama betul kita tak berjumpa dulu tinggal sebilik
Terima kasih adinda Chom...
Adinda Norsiah...(JHEOA)
Saudaraku Zainab puluhan tahun tidak ke temu..
Rakan sejawatan En.Atih...
Datin Raja Fatimah rakan sekolah
Hajjah Sharifah Zahrah di Kuala Pilah rakan sekolah saya
Terima kasih Saudara Alawai dan Puan Zainon di atas undangan... 
Haji Hamidon dan Haji Hadie
Hajjah Khadijah di Selayang
Hajah Siti Zaleha dari FELDA Keledang
terima kasih sahabatku Hasnah...
Terima  kasih Datin SRI Halimah...

.


Pertemuan semalam 

manisnya bagai madu yang diteguk 
segalanya indah 
membalut hati resah untuk tenang 
lupa pada kisah silam 
yang pilunya bukan kepalang


Pertemuan hari ini 

terasa madunya kian susut 
entah ... 
tertahankan ia pada hukum alam 
menghakis sirna yang mendatang 
kekal pada azali kejadian


Pertemuan hari esok 

makin sukar untuk aku meramalkan 
mungkin kemanisan itu akan hilang terus 
tapi aku pasti 
madu itu pasti akan kembali terisi 
andai pertemuan dulu 
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.