28 Mei 2017

Kunjungan adik beradik ke rumah kami...


Indahnya untuk dikenang....
13 Mei 2017

Tiada yang lebih menggembirakan selain dapat berpeluang berkumpul adik-beradik selain daripada musim Hari Raya Puasa. Sudah semestinya perjumpaan itu dipenuhi dengan adagen makan- makan....
Sudah semestinya tidak semua dapat menghadirkan diri, namun separuh sudahpun meriah. Malahan pula, kalau yang sudah berkeluarga mempunyai masaalah tersendiri..
Bagi saya yang mempunyai seramaisebelas  orang adik-beradik, kenangan perjumpaan sememangnya riuh-rendah dengan bunyi hiruk-pikuk cucu-cucu  yang masih kecil.
Menu makan selalunya  tidak sukar untuk dimasak…..makan apa yang ada….
Yang penting, silaturahim sentiasa dipelihara. Ketika berjumpa, kami adik-beradik amat jarang bercerita tentang pekerjaan masing-masing. Kami tidak pernah bergosip sesama sendiri. Itulah silaturahim yang sejati. Perbualan berkisar tentang perkara yang berfaedah, kesihatan masing-masing dan kenangan ketika kami masih kecil.
Kami sebelas  beradik memang rapat sedari kecil…..

Kunjungan mesra sebelum Ramadhan

Adik-beradik kita merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

Itik terkedek ke arah tebing,
Mara berbondong renang-renangan;
Adik-beradik sedarah sedaging,
Saudara kandung berpisah jangan...

Anak kedasih jalan terkedek,
Kedasih jatuh hendak meniti;
Tidak terkasih adik-beradik,
Kasih utuh tidak berhenti..

Berkabus titi muara mendung,
Tinjau gelap seakan jelaga;
Harus hormati saudara kandung,
Walau tersilap dimaafkan juga..

Renungan seorang ibu

Ku ingin
Menghirup udara yang kau hirup.

Melangkah,

Di tempatmu melangkah.
Berteduh,
Di tempatmu berteduh.
Dan terlelap di atas pangkuanmu.

Ibu
Ku hanya ingin selalu bersamamu.

sepanjang waktuku



Nasi lemak kegemaran ramai




ubi rebus

Pulut mangga atas permintaan ramai














Makan ubi aje ke...




Puuk pauh delima batu
Air sembilan di tapak tangan
walau jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan ridu rinduan..

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan