Salam semua......saya baru selesai buat kuih ni untuk berbuka puasa....
kuih tepung bungkus ada setengah orang panggil puteri 2 sebilik
agaknya sebab ada inti 2 biji kut......inti kuih ni hendaklah manis baru sedap
Kuih ini kegemaran ayahnda saya beliau lah yang menyarankan agar saya membuat
kuih ini. Saya tunaikan permintaannya
kerana masih ada daun pisang lebihan buat kuih jongkong tempuh hari. Sebab itu
kuih ini ada daun yang dah kekuningan…al maklum daun pisang amat terhad
disini…
RESEPI TEPUNG BUNGKUS (Arwah nenek saya)
(anggaran dalam 20 biji)
Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Inti kelapa
Cara memasak bahan A
1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti
anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit
manis dan masukkan sedikit garam.
anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit
manis dan masukkan sedikit garam.
4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung
gandum dan kacau rata.
gandum dan kacau rata.
5. Tutup api dan sejukkan inti anda
6. Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan
lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
Tepung pulut
Langkah
2
Bahan
B
200gm
tepung pulut
150ml
air (+/-)
Cara
membancuh bahan B
1.
Masukkan tepung pulut dalam
bekas.
2.
Masukkan air sedikit demi
sedikit sehingga adunan tepung boleh
diuli. Uli sebentar.
3.
Sapukan sedikit minyak atas
talam/bekas. Ambil bancuhan tepung
pulut
sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang
kepada
untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih,
besarkan sedikit)
4.
Buat sampai habis dan
ketepikan.
Dadih
Langkah 3
Bahan
D
200gm
tepung beras
1
1/2 tsp garam (ratakan)
300ml
santan (saya guna santan kotak)
700ml
air
Cara-cara
memasak bahan D
1.
Bancuh semua bahan A
sehingga rata dan sebati
2.
Tapis kedalam periuk. Guna
api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir
keras. jangan sanpai keras sangat.
CARA-CARA
MEMBUNGKUS
·
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan
(telah digunting sedikit bahagian
atas dan bawah).
·
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam
adunan ini.
·
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan
pastikan inti dibaluti oleh adunan
tepung.
·
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun
pisang. Ulang proses untuk satu
ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti
sebelah bersebelahan. Sebab itu ada
yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
·
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan
tepung dan bebola inti sudah tiada,
anda boleh terus letakkan inti kelapa
diatasnya dan bungkus.
Siap dikukus
Sudah masak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan