Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Suka dan duka silih berganti dalam hidup ini. Kita sebagai insan biasa perlu tabah dan pasrah segala ketentuan yang ditakdirkan oleh Illahi.
PERGI BUAT SELAMANYA...........................
Pada 18 Mac 2009 aku dikhabarkan dengan berita sedih... Bapa mertua ku yang dikasihi Tuan Hj.Mahpul bin Rafiee pulang kerahmatullah . Kemudian 17 Ramadhan (Nuzul Quran) adik iparku Azlan bin Abdullah juga telah pulang keramahtullah. Diikuti pula pada 29 Ramadhan sahabatku Pn.Zainab bt Omar. Semoga roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.
KERJAYA .................
Tahun 2009 aku mengorak selangkah lagi untuk melengkapkan kerjaya aku sebagai guru pemulihan. Aku dipanggil untuk turut serta berbengkel bagi Program Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa Pasir Gudang. (Sudah agak sekian lama aku tidak bebengkel atau berkursus...)
Kursus Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa
En.Khairi (PPD Batu Pahat) dan En.Ateh Salim (Guru Besar Cemerlang SPKBP)
En.Khairi (PPD Batu Pahat) dan En.Ateh Salim (Guru Besar Cemerlang SPKBP)
MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM.....
Pada 6 & 7 Jun 2009 berkat usaha gigih dan kerja kuat sepupu-sepupuku dapatlah kami berkumpul di Janda Baik untuk menyambut ' Hari Keluarga.' Sekalung Tahniah dan jutaan terima kasih kepada sepupuku terutama Datuk Mohd Noh dan isteri Datin Ruhana (menyediakan tempat yang menarik) En.Lokman dan isteri Pn.Norli (penyediaan makanan yang enak), Pn.Hidayah dan suami Radin Ismail (penyediaan aktiviti yang mencabar.....tengok toyol...) serta semua ahli keluarga ku yang hadir seperti gambar yang tertera. Semoga kita berjumpa lagi....