17 Disember 2009

TARIKH LAHIR BULAN ISLAM & PERILAKU

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik ian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya,kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.



Petikan dari sumber:-

http://shuhmy.multiply.com/journal/item/159

SALAM MAAL HIJRAH

Semalam .
Kenangan telah berlalu
Esuk kepastian yang tak tentu
Indahnya dunia.
Hanya sementara
Indahnya cinta.
Hanya seketika
Indahnya mimpi.
Kadang-kadang ta
k pasti.
Tapi...........
Indahnya
Persahabatan.
Sukar dicari ganti.
Nilai persahabatan.

Tak akan cair di musim panas.

Tak kan beku dimusim sejuk.

Tak kan luruh di musim hujan.

Tapi.....

Akan ia sentiasa mekar walau bukan di musim bunga.



Salam Maal Hijrah buat semua.

16 Disember 2009

PERTANDINGAN SAHIBA 2009

Pertandingan Sahiba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor. Pertandingan ini dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan, berlangsung di Hotel Seslesa, Johor Bahru.


Ziyad Haziq bin Khalil telah mewakili Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, untuk pertandingan tersebut.


Bergambar kenangan bersama guru pembimbing: Pn.Junaidah bt Samuri

Taklimat pertandingan

Pertandingan berlangsung

15 Disember 2009

Bermulanya di sini.................FASA .V




-->
1995
Diarahkan bertukar ke SK Kong-Kong Laut, Masai, Johor. Menjadi guru Pemulihan Khas bermula di sekolah ini. (Atas dorongan Allahyarham Tn.Hj.Zainal bin Hassan Guru Besar SK Kong-Kong Laut).

SK Kong-Kong Laut, Masai, Johor
(Selamat bertugas untuk rakan-rakan guru yang masih mengenali aku.)

1998
Diarahkan bertukar ke SK Taman Johor Jaya 2, Johor Bahru sehingga sekarang menjadi guru Pemulihan Khas..



Sekolah Kebangsaan taman Johor Jaya 2,
Jalan Keembong 41, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru.



KELAS PEMULIHAN KU: SENTUHAN KASIH









Bermulanya di sini.......................FASA 1V

1992

Diarahkan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang.Untuk sampai ke sekolah mesti melalui Jalan Kluang ke Paloh..... Jalan ini adalah jalan utama lori membawa muatan berat. bayangkan.....Aku terpaksa menunggang motosikal Yamaha ku JDL 3243 (masa ditukarkan kesini baru le belajar menunggang motosikal....berapa banyak kali jatuh....nasib...nasib) dan meredah Estate Pamall sejauh 11 km (bukit yang terpaksa didaki ada lebih kurang sembilan bukit baru sampai ke simpang Estate Palmall) dan bila hari hujan tidak dapat ke sekolah kerana banjir di sungai Semberong dan sekitarnya. .

(Disini orang Aslinya dari suku kaum Jakun). Bahasa Jakun jauh berbeza dengan bahasa Semai (aku terpaksa memahami bahasa dan adat resam kaum jakun pula).


Selamat mengajar di SK Pengkalan Tereh

untuk rakan sejawat yang masih mengajar di sekolah ini....

teruskan perjuangan

pengalaman suatu yang indah untuk dikenang.....
pengalaman juga tidak boleh dijual beli


Lori yang selalu menghantui fikiran ku......
(Rasa seram sejuk bila berselisih dengan lori...
selalunya beri laluan lori jalan dulu....
selalu nya...berhenti kat tepi jalan ....takut)


JDL 3243

Motosikal ku sayang.....
kau lah teman ku.... akan ku kenang mu hingga kini....

Bermulanya di sini ...............FASA 111

1983

Diarahkan bertukar ke JHEOA Johor di Bangunan Kerajaan, Jalan Bukit Timbalan,Johor Bahru. (Bahagian Pendidikan).Pengarah ketika itu ialah En.Mohd Razim bin Shafie (berasal dari Kedah).... Tugas ku membuat kerja pentadbiran bahagian pendidikan (semua kebajikan tentang murid-murid Orang asli Negeri Johor seperti wang saku, tamabang bas, tuntutan yuran sekolah) disamping itu aku juga diarahkan untuk melawat ke sekolah -sekolah yang ada murid Orang Asli diseluruh negeri Johor. Diantara temapt yang tidak aku lupa ialah Sekolah Orang Asli Pos Kudong, Segamat, Sekolah Orang Asli Tanah Abang Mersing.dan Sekolah Orang Asli Sungai Layau Kota Tinggi. Puas jugalah menjelajah serata ceruk rantau di Johor ini....(Pernahlah merasa pahit maung kerja di pejabat).

Bertugas disini juga agak mencabar kerana aku seawal jam 6:30 pagi terpaksa bergegas ke pejabat dengan menaiki bas. Ketika itu aku tinggal di Puast Pertanian Kong-Kong. Saban hari aku berulang alik.....Jejak 6:30 petang baru sampai ke rumah.....Kerja...kerja....


Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Disini suatu ketika dulu aku pernah bertugas (JHEOA Johor di Tingkat 7)


Taman Pertanian kong-Kong, Masai, Johor (Tempat kediaman ku 1




14 Disember 2009

Bermulanya di sini ..................FASA 11

1980

Melapor diri di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, Wisma Persekutuan Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) Kuala Lumpur. Kemudian diarahkan melapor diri di JHEOA Ipoh. Aku di tempatkan di bahagian pendidikan.

Aku diarahkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Orang Asli ,Batu 25 Cameron Highland

(Di sekolah ini hanya aku seorang sahaja guru ....dari Guru Besar, kerani, tukang kebun hinggalah ke tukang masak.....) Bangunan sekolah berdinding sekerat papan dan berlantaikan tanah serta beratapkan rumbia......Sekolah ini bantuan penuh dari JHEOA.Bilangan muridnya seramai lebih kurang 20 orang. Kelasnya pula kelas bercantum Terdiri dari murid kampong tersebut dan juga kampung sekitarnya.Aku mengajar dari Tahun 1 hingga 3. Tahun 4 murid-murid ini menyambung pelajarannya di SK. Batu14 ,Jalan Tapah Cameron Highland.

Ketika itu rumah guru tidak ada, terpaksalah aku menumpang di rumah Tok Batin.

Di kampung ini tidak ada kemudahan asas (api dan air ......lampu gunakan pelita dan untuk mandi gunakan air sungai....air terjun banyak terdapat disini....sejuknya menyusuk ke tulang....) kedai pun tiada, makanan aku dibekalkan oleh JHEOA yang dikenali sebagai 'resen' Untuk sampai ke kampung ini kita terpaksa berjalan kaki meredah dicelah-celah bukit dengan dikenali sebagai jalan 'denai'.Mejoriti Orang Asli di sini berketurunan dari suku Kaum Semai. Pekerjaan mereka berladang.bahasa ibunda mereka bahasa Semai.

Bagi kakitangan awam untuk pengesahan dalam jawatan mesti lulus salah satu bahasa Semai atau Temiar. Terpaksalah aku mempelajari bahasa tersebut (bahasa Semai) dengan anak muridku.Sehinggalah aku fasih berbahasa Semai ketika itu.


Dailog yang masih aku ingat:


Ma Moh Hek : siapa nama awak

Moh Eng Aisah : Nama saya Aisah

Ma Eh Gah : Apa khabar

Bor : Baik

(Maaf jika tersilap bunyi..................dah banyak yang lupa..)


Nama anak murid ku yang masih aku ingat ialah Agong, Jefrideen,Minah dan Hamidah (kini mereka dah bekeluarga dan Hamidah sudah memeluk Agama Islam).Tok batin dan isterinya juga sudah meninggal dunia.


Sekiranya anda ke Cameron Highland dan tiba di Batu 25 berhampiran dengan Pekan Ringlet...jengah-jengahlah dicelah-celah gunung yang menghijau itu ternampak deretan rumah -rumah yang sayup mata memandang ....

disitulah aku pernah jadi penghuninya.


Pengalaman sesuatu yang indah untuk di kenang

Jauhnya kedai membeli benang

Tak ada bas berjalan kaki

Tempat jatuh lagi di kenang

Inikan tempat mencari rezeki......


Gambar kenangan di Kampong Batu 25, Cameron Highland

(Bawa anak-anak melihat kampung yang pernah ibunya menetap dulu....).


Untuk ke sebrang gunakan titi,
Jika meniti harus berhati-hati

Penduduk di sini semuanya baik hati
Akan ku kenang hingga ke mati.


Budi baik seluruh warga Kampung Batu 25 dan sekitarnya
hanya ALLAH jua yang membalasnya
.

13 Disember 2009

Bermulanya di sini......FASA 1


1975
Kerjaya pertama ku menjadi Guru Tadika .(Menjadi guru tadika memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah sikecil yang mula hendak membesar..... melucukan dan meyeronokkan).

Awal persekolahan pelbagai kerenah terpaksa ditangani.
Ada yang menangis, ada yang tak bagi emak dia balik dan ada yang terus lari pulang.......
Satu peristiwa yang pasti teringat hingga kini ialah seorang murid ku menangis sekuat-kuat hatinya dan tidak henti-henti kerana hendak pulang. Sedangkan ayahnya telah pulang lebih awal.
Memekak betul....
Dilayan salah tak dilayan pun salah.
Susah.....susah. ..............
Bagaimana nak menyelesaikan masalah ini....
Pening....pening.....
Aku pun bertanya dengan rakan-rakannya yang lain ....
sekiranya cik gu hantar Zul balik kamu macam mana?.....

..................Nak ikut cik gu................. jerit mereka.

..................Kalau macam tu mari kita semua naik basikal cikgu....

...................Tak muat cik gu .....kita kan ramai....
kata rakan-rakannya.

Kalau macam tu macam mana nak hantar Zul balik........

OK .....kita belajar ya Zul........Pujuk ku .....
Tangisan Zul tidak kedengaran lagi dan dia terus duduk termenung di tepi pintu..... hinggalah tamat sesi pengajaran untuk hari itu.
(Sekarang Zul dah jadi ahli perniagaan yang berjaya)

Hanya kenangan:.....
Basikal ini lah yang membawa aku mencari rezeki.....basikal oh basikal....
(Basikal ni Pak Itam aku punya.... ada palang.)


Dapat gaji beli basikal baru.....
Tahun 70an gaji baru RM150.000 itu pun dah besar.....
dah boleh melaram sekampung....



Pra Sekolah Era 2000....muridnya ' stedy ' je