07 Julai 2012


Botok-botok…

Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'. Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...

Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...

Bahan-bahan ( 4 bungkus )

·                     4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
·                     500 g rempah kari daging/ikan
·                     12 batang serai*
·                     1 ibu jari halia*
·                     1 ibu jari lengkuas*
·                     4 biji bawang besar*
·                     1 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
·                     3 cawan santan pekat
·                     1/2 cawan air asam jawa pekat
·                     garam,gula,perasa secukup rasa
·                     4 helai daun kunyit - dihiris halus
·                     8 tangkai daun selasih
·                     8 tangkai pucuk daun teh
·                     8 helai pucuk mengkudu
·                     8 helai pucuk ubi
·                     12 helai daun belinjau
·                     12 helai daun berbuas
·                     8 helai pucuk semangkok
·                     secukup daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
1.             Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
2.             Pucuk2 hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
3.             Ambil sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
4.             Kukus selama 1 jam atau hingga botok2 masak.

7 ulasan:

  1. Sedapnya..... Saya suka botok-botok ni. Ada orang sebut bebotok. Isteri saya pun pandai buat. Saya kalau makan, tak perlu dengan nasi. Belum sempat nasi tanak, botok-botok dah habis.

    Dulu kat belakang hospital JB ada warung jual botok-botok, harganya RM4.00 (dah lama dulu.

    Bulan lepas saya beli di Muar, harganya RM6.00 satu.

    Dibulan puasa ni kalau C.Aisah buat dan jual tentu laku. Tapi rumah kita terlalu jauh....

    BalasPadam
  2. Betul le En.Atyh jauh...tapi bila En.Atih
    datang Nusajaya tek
    telefon saya nanti saya buatkan...kalau ada daun daunnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Jarak Nusajaya dengan rumah C.Aisah pun bukan dekat. Perlu menyeberang bandaraya Johor Bahru.

      2. Sebut kalau ada daun-daunnya tu, maknanya memang payahlah nak buat. Kat rumah C.Aisah sekarang ni hanya ada daun pintu je saya tengok.

      3. Hehehehe....

      Padam
    2. Kampong saya sebelah dengan Nusajaya....bila En.Atih datng,tel saya jika diizinkan Allah boleh En.Atih berkunjung ke kampong saya dan jika ade rezeki boleh makan ketam segar...kampong saya berhampiran dengan laut dan rumah saya bersebelahan sungai...

      Padam
  3. Apasal gambar dan nama saya tak keluar pada komen tu....?

    BalasPadam
  4. En Atih kan lagi arif tentang ini...tanya saya pulak...

    BalasPadam