07 Julai 2012

Nasi ayam Istimewa daripada adikku sayang...


Nasi ayam Istimewa daripada adikku sayang.
(Aispalela binti Ibrahim)
Terima kasih adikku...


Mudahnya Memasak Nasi Ayam
Assalamualaikum.....

Selamat hari Sabtu untuk semua. Kejap jer dah penghujung minggu kan...

Aduhh..tajuk di atas tu memang tajuk riak dan takbur kan...? Alahai, janganlah salah anggap. Tujuan kita adalah untuk menyatakan bahawa anda pun boleh memasak Nasi Ayam  yang sedap. Err..kalau pun tak setanding dengan yang lebih sedap, tapi Insyaallah resepi ni akan diterima oleh selera sejagat. 





Nasi Ayam (Bik Nita)

Bahan-bahan :-
1)         1 kg Beras Basmati
2)         5 ulas bawang putih (di titik & jangan buang kulit)
3)         6cm halia (di titik)
4)         4 tangkai daun pandan (di pintalkan)
5)         1 botol Maggie atau Knorrs chicken stock (stock ayam – pekat)
6)         2 sudu makan minyak bijan (kalau tak suka jgn bubuh banyak)
7)         Sedikit minyak masak untuk menumis
8)         Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara memasak :-
1)         Rendam beras dgn air mengikut sukatan beras.
2)         Panaskan minyak masak. Bila minyak dah panas masukkan daun pandan, halia & bawang putih.
3)         Kacau rata. Setelah agak wangi, masukkan pula beras yg telah di rendam. Berasnya sahaja.
4)         Kacau rata. Masukkan pula sedikit minyak bijan dan Maggie chicken stock. Maggie chicken stock masukkan dalam 3 suku botol jgn di semuakan kerana takut terlalu masin. Kalau rasa stock ayam kurang, boleh lah di tambah lagi sedikit. Setelah di kacau rata semuanya, masukkan air mengikut sukatan beras yg telah di rendam.
5)         Biar kan beras mendidih & biarkan beras masak sepenuhnya seperti masak nasi biasa.
6)         Setelah beras masak kacau & bolehlah di sediakan untuk di makan.
7)         Taburkan sedikit daun ketumbar di atas nasi ayam tadi.
8)         Selamat menjamu selera.

**********
Sambal Nasi Ayam

Bahan-bahan :-
1.         Chili padi merah ($1.50 or $2.00)
2.         Halia  ($1.00)
3.         Bawang putih (50 cents)
4.         Limau sambal ($1.00 - $2.00)
5.         Bawang merah (50 cents)
6.         Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya :-
1.         Kisar bahan 1 hingga 3 bersama perahahn air limau sambal hingga halus.
2.         Goreng bawang merah hingga garing dan biarkan ianya sejuk. Ambil minyak saja. (bawang goring tidak di perlukan)
3.         Campurkan garam & gula kedalam bahan2 yg telah di kisar. Rasa   secukupnya.
4.         Perahkan air limau sambal mengikut rasa masam anda. Akhir sekali masukkan minyak bawang goring kedalam sambal anda. Ia akan membuat sambal anda cantik & wangi baunya & tahan lama.
5.         Kacau rata & rasa.

Perhatian :-
Minyak bawang goring haruslah sejuk semasa memasukkan ke dalam sambal nasi ayam.

SELAMAT MENCUBA!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan