18 Julai 2012

Dalca...............




Bahan-bahan :

1/2 cawan kacang dal
 (direbus hingga empuk dan dituskan)
Daging atau tetel lembu (rebus hingga empuk)
2 biji ubi kentang (dipotong empat)
2 batang kacang panjang (dihiris)
Batang keret
1 biji terung bulat (dipotong)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah (dibelah 2)
1 labu bawang besar (dimayang)

10 batang cili kering (kisar)
6 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
rempah 4 sekawan
1/2 cawan santan (susu cair pun boleh)
Air secukupnya.
5 sudu tomato jus atau tomato puri.
 garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis rempah 4 sekawan , serta bahan2 kisar hingga wangi.
Masukkan pes kari dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan  tomato jus santan dan air secukupnya (sekiranya kurang masam masukkan sedikit air asam jawamasukkan kentang. Apabila mendidih, masukkan kacang dal. Masak hingga kentang hampir empuk.
Masukkan sayur2an yang lain kecuali tomato, bawang besar, cili merah dan garam
Akhir sekali, masukkan tomato.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan