24 Julai 2012

Perkembangan Hasyaa...


Assalamualaikum

Hari ni Hasyaa  dah 3 bulan 2 hari. Perkembangan yang dapat dilihat dengan jelas ialah melalui tangannya yang makin ligat. Aktiviti utama adalah menghisap tangan. Bukan hisap jari, tapi tangan dia genggam macam penumbuk tu, lepas tu dia bawak ke mulut, jilat dan hisap. Bukan main lagi bunyi hisapannya tu. Kadang-kadang sampai dua-dua belah tangan dihisapnya sekaligus.






Selain tu,Hasyaa selalu gosok-gosok telinga dia sampai merah-merah. Waktu menyusu pun macam-macam aksi tangan dia. Kadang-kadang dia genggam baju ibu dia, kuat jugak genggaman dia. Lagi satu bila dia tengok benda dekat dengan dia mesti tangannya macam nak capai-capai benda tu.




Hasyaa bila dibawa duduk depan tv, dia tengok tv tu macam faham je. Bunyi dan warna-warna dari tv tu sebenarnya yang menarik perhatian dia, lagi-lagi kalau tengok kartun, bukannya dia faham pun, tapi kan banyak warna warni.


Masa mandi pun tak duk diam Hasyaa niDitendang-tendangnya air dalam besen mandi tu sampai tepercik keluar, habis basah lantainya. Kalau sabunkan tangan dia, kena cepat-cepat bilas, kadang-kadang waktu mandi pun dia nak bawak tangannya ke mulut.

Bayi bawah usia 3 bulan sudah meneroka mindanya melalui aktiviti bermain. Aktivitinya bukan sekadar minum susu dan menangis. Renungan mata, pergerakan genggaman tangan yang spontan serta sentuhan mama,papa dan ahli keluarga lain adalah aktiviti awal si manja dalam menerokai dunia barunya.

Bayi berusia 3 bulan ke atas memiliki aktiviti lebih khusus. Perasaan ingin tahu tertumpu pada tarikan bunyi dan visual yang ada di sekelilingnya. Bayi lebih gemar bermain dengan tangannya sendiri, mengenali wajah orang terdekat, dan mengamati permainan. Sesi memandikannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti menyeronokkan baginya seperti menepuk-nepuk permukaan air atau meletakkan permainan di dalam besen mandinya.







2 ulasan:

  1. Comel. Raihan dah lepas level tu. Sekarang macam2. Pandai cakap 'omma' penangan cite korea. Heheh

    BalasPadam
  2. Wah Raihan dah pandai cakap ye...tahniah kerana pandai berbahasa Korea....

    BalasPadam