25 Julai 2012

ROTI CANAI





ROTI CANAI

3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuakalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.( salut dengan minyak pun boleh)
Tinggalkan selama 2 jam.

Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu


Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

Tiada ulasan:

Catat Ulasan