07 Januari 2014

Desa Permai..

Terkenang kampung halamanku...

Kampung Halaman
Walau aku jauh darimu
Tapi aku akan selau ingat padamu
Kaulah kampung halamanku
Pelipur lara hatiku
Ladang tempatku bermain
Senda gurau bertawa ria
Mengiringi hari - hari
Terlepas rasa iri dengki
Sedih rasanya tinggalkanmu
Ingin menetap tak jauh darimu
Namun cita - cita memaksa
Rezekiku bukan di sini
Oh kampung halaman tercinta

Kau tak kan kulupa

lagu ini khas buat kak long Aisah Ibrahim terkenang kampong Pok Besar
Daripada Buhari Kamin dan isteri Pn.Jamilah serta anak-anak...

Terima kasih kak long ucapkan atas ingatan kalian..


Di sinilah aku dibesarkan...


Teringat zaman kanak-kanak....Tempat kami 'berkubang'  lepas balik sekolah...
seronoknya berenang di sini....dulu sungai ini tidak tercemar...

Oh kampungku

Desir angin kurasa di pagi ini
Hanya hamparan sungai yang kupandang
Menerawang jauh kedepan sana

Teringat ku akan indahmu
Di kala dulu aku bersama
Menghabiskan hariku di dalam sungai ini

Kini, aku harus menunggu untuk kembali
Kepada indahmu yang hampir terlupakan
Namun waktu itu pasti akan tiba
Saat aku melepas rindu 
Bersama kampung halamanku
Namun kini wajahmu tercemar...wahai sungaiku
Itulah arus pembangunan dikampung kita....
Dulu airmu jernih,,,
Sejernih hati ini..


Pengakalan nelayan...(seronok makan ikan segar..ketam segar...)
Air pasang...


Tebing sungai dah mula runtuh...

Air surut... sungai tak cantik...

Jauh sudah kaki ini melangkah,
Teringat akan kampung halamanku
Membuat hati makin gundah.
Hanya ingatan yang kian menjadi,
Saat kerinduan itu datang.
Kampung tercintaku,

Tunggulah aku pulang.

Kemanapun aku pergi,
Bayang-bayangmu mengejar.
Bersembunyi dimanapun,
Selalu aku  kenangkan
Kampung halaman ku sendiri

(Istimewa  buat sahabat-sahabatku yang pernah berkunjung ke Kampungku khasnya 
ke teratak kami, Kami nantikan kedatangan kalian sekali lagi ) .....
Terima kasih kepada En.Buhari Kamin,Pn.Hawa Jalil,
Pn.Zaleha Mohd Yatim, Pn.Junaidah Samuri ...Masihkah kalian ingat .......
En.Atih juga pernah berkunjung ke kampung kami tetapi beliau tidak dapat mengecam yang mana satu rumah kami jika berkesempatan sudikan lagi bertandang ke kampung kami)..


6 ulasan:

  1. Heh..heh...heh...bila nak pencen teringat pulak zaman silam. Kampung halaman tempat berkubang dan berlarian. Semuanya bagaikan semalam. Dari zaman kanak-kanak hingusan sekarang sudah berbesan...

    Saya sampai ke kampung CA hari sudah lewat petang. Tak sempat nak mencari teratak indah buat kenangan. Insyallah suatu masa nanti saya kembali datang. Menikmati keindahan kampung nelayan.....

    BalasPadam
  2. Syukur alhamdulliah akan saya nantikan kedatangan En.Atih sekeluarga ke kampung kami. Masa berlalu begitu pantas...kenangan tu tetap dalam ingatan. Seronoknya zaman kanak-kanak tak pernah kenal erti penderitaan...bahagianya...

    BalasPadam
  3. Rumah dah upgrade dan rapi.Klau tak silap dulu tiang penyokong rumah tinggi sikit.Dari gambar nampak sungai juga dah lebar.Kak Long, pengkalan nelayan skrg tu dulu cuma sampan2 kecil yang ditambat dan ada kedai runcit di tebing kanan sungai (kalau pandang dari rumah Kg. Pok Besar).Di sebelah kiri sungai waktu tu ada laluan yang Bari gunakan pergi jogging ke arah laut.Tak dapat lupakan betapa nyamannya udara yang segar.,suasananya sunyi membuat jiwa dan damai, pemandangan di penuhi pohon2 nipah yang nyiur melambai kami pulang kekampong> Sungguh tak dapat dilupakan kenangan manis berada di Kampong Pok Besar

    BalasPadam
  4. Betul le Bari semua sudah berubah, jika ada kelapangan waktu nanti kak long bawa Bari dan keluarga balik kampong ....jom makan ketam...

    BalasPadam
  5. Leha masih ingat lagi first time ke kg kak long iaitu dihari bahagia kak long b'sama abg long..memories tu sungguh indah hingga ke hari ini..semlm leha bgitau anak2 betapa indah kenangan ini dimana makan kenduri duduk je sampai hidangan...layanan family kak long x t'balas oleh leha hanya Allah S.W.T je yg dapat membalasnya..semoga kak long dan abg long bahagia hingga ke Jannah..Aminn..

    BalasPadam