06 Januari 2014

SAHABATKU...

9 ulasan:

  1. Dalam kesibukan guru2 menghadapi sesi persekolahan (baru 3 hari bersekolah – Rabu, Khamis dan Ahad), CA masih sempat berkarya. Hebat sungguh seorang guru, seorang isteri, seorang ibu dan seorang nenek ini. Saya pun tidak mampu berbuat demikian walaupun sudah bercuti sepanjang hayat.

    Terima kasih kerana menyenaraikan saya sebagai salah seorang sahabat CA. Sejujurnya saya ialah seorang yang pemalu (perasan sendiri) semasa bersekolah dulu. Saya mengenali Pn Hawa pun kerana kami tinggal di satu kawasan yang sama. Sebab itu selalu berjumpa. CA pun tidak mengenali saya sehinggalah Pn Hawa memberitahunya kan? Sedangkan kita sebenarnya selalu berjumpa dalam kursus/ceramah anjuran jabatan. Seingat saya (ketika di Hotel Selesa P.Gudang) CA ada mengatakan: “Kita seusia” – waktu itu jabatan sedang membuat pemilihan JU baru.

    Terima kasih juga kerana telah memilih gambo saya yang seperti belum baligh tu. Itu ialah salah satu adegan semasa hari raya tahun lepas. Saya simpan/sorok gambo tu. Tiba2 anak saya memuatnaik gambo tersebut ke dalam FB untuk menyertai satu pertandingan. Buat malu betul…tapi apa nak dikata…benda dah tersebar ke seluruh dunia. “Gambar best” kata anak saya. Best ke hape? Dalam banyak2 gambo yang ensem, CA pun pilih gambo itu juga…..hantamlah Labuuu…

    Walau bagaimanpun saya berdoa persahabatan ini sentiasa direstui Allah swt.
    Kirim salam Tn Haji Khalil……..panjang kan komen saya ni?

    -sementara menanti azan subuh ni.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sahabatku. Seronoknya saya bila membaca komen yang panjang lebar. Saya tak sangka En.Atih sudi meneliti blog saya. Saya tidak berpengalaman macam En.Atih dan saya tidak pandai menyusun kata-kata indah yang enak dibaca, ayat saya biasa biasa aje. Puas saya cuba nak tulis ayat yang begitu puitis tapi tak menjadi.InsyaAllah akan saya cuba dan belajar daripada En.Atih yang begitu mahir bermadah pujangga. Walau bagimana pun ribuan terima kasih saya ucapkan. Insya Allah akan saya sampaikan salam En.Atih kepada Tuan Hj.Khalil . Sampaikan juga salam saya kepada isteri tercinta Puan.Sharipah.

    BalasPadam
  3. Pagi tadi semasa berjoging, saya ada beritahu isteri yg CA masukkan gambar itu dalam blog.. Dan bercerita lagi kisah2 di zaman sekolah dulu. Kisah berkawan dengan Hawa, kisah saya tak perasan dengan CA dan lain2. Sebenarnya saya selalu bercerita kisah kita....dia dengar sahaja, sebab dia tak banyak cakap macam saya. Hehehe.

    Eh cucu dah ok ke?

    BalasPadam
  4. JIka dia berkecil hati saya pohon maaf. Cucu saya Doktor dah buat pembedahan kecil.

    BalasPadam
  5. Hjh Sabariah Hj Buntat Alhamdulillah,terimakasih Hjh Aisah Ibrahim kerana menyenaraikn saya sebagai sahabat didlm blog Hjh..saya tersangat gembira dan bangga bertemu sahabat yang telah jauh maju kehadapan ..semalam adalh tarikh keramat buat saya krrana dapat brcakap melalui hs dgn hjh dn hjh masih kenal dgn suara saya walaupn kita berpisah sejak hampir 40 tahun yg lalu..alhamdulillah..Allahuakbar..wassalam

    BalasPadam
  6. Izaas Hery Terima Kasih Kak Long..leha baru baca blog kak long..leha teruja.. pandai kak long bermain dgn kata2..sepatutnya kak long boleh tulis novel..terima kasih sekali lagi menjadi sahabat leha hingga ke hari ini..
    Izaas Hery In shaa Allah akan leha layari blog kak long...x semua tulisan org sedap d baca oleh org lain...tpi susuan ayat2 dlm tulisan kak long begitu menyenangkan jiwa ini..TQ

    BalasPadam
  7. Milah Buhari Salam kak long pertama sekali Bari sekeluarga ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih kerna kak long sudi menyenaraikan keluarga kami dalam blog kak long sebagai salah seorang sahabat kak long. Rasa terharu dan gembira kerna pencarian Bari untuk menjejaki keberadaan kak long selama ini tidak sia2 tidak lupa juga ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT kerna dgn kudratnya kita diketemukan semula.Sebenarnya kita ni jauh tapi dekat ataupun dekat tapi jauh oleh kerna terputusnya hubungan makanya kita dipisahkan oleh peredaran masa dan keadaan tapi Alhamdulillah kita diketemukan semula setelah terpisah agak lama hampir 30tahun dan Bari bersyukur kerna kak long masih mengingati Bari.Banyak kenangan manis yang kita lalui tak dapat lupakan andainya boleh diputarkan masa hendak rasanya Bari duduk dikampong yang sungguh nostalgia. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan ppsstt bila nak berkunjung kerumah kami di Spore.

    BalasPadam
  8. Hawa Abdul Jalil Esah, saya baru saja selesai mambaca luahan rasa Esah dalam mengesan sahabat-sahabat mu. Memang ada rasa sedih dan gembira yang pernah kita lalui bersama di suatu waktu mengejar ilmu dan bercita-cita mahu ke menara gading. Zaman remaja yang kita tinggalkan penuh dengan dugaan mencabar. Saya menumpang rasa bangga di atas penulisan yang Esah buat. Syabash sahabat ku

    BalasPadam
  9. Aku kangen dengan teman2 sekolah menengah ku :'(

    BalasPadam