Assalamualaikum dan salam sejahtera
rindu serindunya....mudah-mudahan Allah beri kesempatan lagi untukku menjadi tetamuNYA...Aamiin..
Ya AlLLAH ....
SEkiranya Ramadhan kali ini adalah ramadhan kali terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan
paling bererti...paling
berseri...
menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Istimewanya untuk ayah dan bonda, saudaramara , teman-teman dan sahabatku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.
Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan-bulan yang setersunya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pun di alam maya ini.
Dugaan perlu Ketabahan..
Keputusan perlu Keberanian..
Puasa melatih Kesabaran..
Segala salahku mohon dimaafkan.
Setitik tinta jadi noda..
Setitik salah jadi dosa..
Bulan penuh berkah telah tiba..
Mari tekun ibadah di bulan puasa..
Marhaban Ya Ramadhan..
Sambutlah dengan senyuman.
Maaf sudah beberapa hari kita berpuasa baru hari ini saya berkesempatan mencoret sepatah dua kata di laman sesawang saya ini...