Bermulanya di sini...
Assalammualaikum sahabat-sahabat semua.
Syukur alhamdulliah kehaderat Allah SWT dengana limpah
dan kurnianya akhirnya kami bertemu kembali...
Alangkah bahagianya hidup ini jika sesuatu yang kita tidak jangkakan akan bertandang dan akhirnya jadi kenyataan...Bagai suatu mimpi indah bila saya menerima satu pesanan ringkas dari sahabat sekelas semasa di SMGP iaiatu saudara Ismail bin Mohammaddin dari tahun 1967 -1971.
Pesanan ringkas daripada beliau
"Assalammualaikum sahabat2 semua,
Salam dari sahabat kita Rashid Harun
kini berada di Sabah telefon saya malam tadi,
beliau mohon dapatkan no telefon kita masing2..
jika tak keberatan bolehlah Wasap
kepada Noorisah Makhzan atau FB
kepada saya untuk di panjangkan
kepada sahabat kita itu, terima kasih semua..
Wasalam.."
Tanpa berlengah lagi saya pun menghantar no hp kepadanya dengan harapan saya akan dapat berjumpa kemabli dengan rakan-rakan di SMGP hampir 43 tahun kami terputus hubungan. Memang saya tidak menyangka bagaimanakah rupa paras wajah rakan-rakan saya yang kini sudah bergelar datuk dan nenek serta sudah diberi gelaran khas iaitu YB...
"Ok terima kasih, saya dah hantar no ini kpd kawan kita tu
Rashid Harun (Dato" Rashid Harun -
Ketua Pengarah ESCOM Sabah)
beliau sangat ok, friendly..
kalau beliau kelapangan, dia akan cari kita..
diKL saya, Noorisah Makhzan,
Halim Wahab (Adik Mazidah Wahab)
dan Abd Rahman Ali (Adik Zaharah Ali)
- Group SMGP yg ada di KL."
Inilah balasan pesanan ringkas yang saya terima daripada saudara Ismail bin Mohamaddin.. Terima kasih saudara Ismail.. Tidak lama kemudian saya pun mendapat ucapan selamat datang ke "GROUP OTAI 69-70an" dari "addmin Whatsapp" group ini. Belaiu ialah (Dato Rashid bin Harun - Ketua Pengarah ESCOM Sabah) .Semasa di sekolah dulu beliau dikenali dengan panggilan manja iaitu Aced Handsome boy....Tahniah sekarang belaiu sudah pun bergelar Dato...
Akhirnya pada 30hb.Ogos 2014 dengan berkat usaha gigih beliau dan rakan-rakan AJK Group ini telah melakar sejarah kerana dapat mempertemukan kami semula dengan guru-guru yang pernah berkorban mendidik kami menjadi manusia yang berguna.. Ya hampit 43 tahun kami berpisah akhirnya kami bertemu semula di sini.... Bahagianya tidak ternilai tidak boleh dijual beli hanya Allah yang maha mengetahuinya...
Kenangan Silam...
SMGP kau dalam kenangan....Disinilah tempatnya kami menimba ilmu...
Group pengasas SMGP 1966
Semasa kami di dalam Tingkatan 1 1967 kami group kedua.
Seingat saya yang duduk di barisan hadapan dari kanan kawan saya Junaidah Talib (Pen.Ketua kelas), Cikgu Mohd Taib, Cikgu Razak, Cikgu Noriah, Cikgu Saleha, Cikgu Karim( Pengetua), Cikgu Kamaruddin, cikgu Tn.Hj.Abdul Samad, arwahyarham Cikgu Ahmad Said dan Aziz bin Abdullah (Ketua kelas)
Berdiri di belakang yang perempuan saya ingat... berdiri dari kanan Fatimah Saibon, Raila Salleh, Norpah Abd.Rahman, Sharifah Keliwoon, Aisah Ibrahim, Saadiah Isa, Jamaliah Paiman dan Mariam Iskandar....
Semasa kami di Tingkatan 5 1971...
Gambar kenangan
Gambar kelas Dato, cuba teka yang mana satu beliau..
Gambar Dato Rashid bin Harun terkini...
Gambar kenangan
Cerita semalam 30hb.Ogos 2014
membawa seribu kenangan...
Apa yang dibincangkan oleh Dato bersama Tn.Hj.Ismail bin Mohammdin...
Merakam kenangan bersama Dato dan Datin , Cikgu Zainah, Cikgu Miad , Cikgu Noriah Dan cikgu Hj.Samad serta rakan-rakan Otai SMGP
Apa yang digelakkan oleh cikgu kami yang betul-betul awet muda... Tahniah Cikgu Haji Samad kerana dapat mengekalkan keawetan cikgu...
Rakan-rakan bersama cikgu Zainah (bertudung ungu)..
Bersama cikgu Noriah dan cikgu Zainah ....En.Ismail, Pn.Rosni, En.Abd.Rahman, Pn.Hjh Sabariah, Pn.Maznah, Pn.Hasna, Pn.Hajah Hadidah, Pn.Junaidah, Pn. Norsiah.
Cikgu Haji Samad dan Cikgu Miad bersama saudara Mansor...
(Kalau nak ke luar negara boleh le hubungi beliau)
Gambar kenangan daripaada saudara Haji,
dikediaman saudara Amran Mohammad dan isteri serta En.Wagiman..
Saya percaya bila berjumpa kawan lama, seronok kita berganda-ganda. Hati berbunga-bunga bercampur dengan senyum mesra. Kemudian mulalah aktiviti serang-menyerang dengan soalan yang bermacam. Kadang tu, tak sempat dijawab, dah datang soalan baru. Memang riuh.
sekali ada kawan bertandang
seronok pagi sampai ke petang
segala cerita mahulah dicanang
pelbagai kisah susah dan senang
sesekali jumpa sahabat lama
tersedar diri semakin dewasa
berlalu sudah zaman remaja
hilang sudah darah bergelora
sesekali kedut muka dipandang
bergelak ketawa tidak terhalang
tiada cukup keropok sedulang
bersilih ganti minuman dituang
sesekali berkumpul seperti ini
rasa gembira berbunga di hati
terpadam rindu hilanglah sunyi
hari nak siang tidaklah sedar
sesekali mengimbau kisah dahulu
terkadang sedih terkadang lucu
mungkinkah lagi sempat bertemu
sebelum dijemput Tuhan Yang Satu
Bagi pihak diri saya, saya mohon juataan ampun dan maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri lebih awal. Namun saya tetap bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan cikgu-cikgu serta sebahagian daripada sahabat saya. Terima kasih Dato Rashid serta AJK yang bersusah payah menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini. Syabas dan Tahniah...