Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 September 2014

Sahabat

Duhai sahabatku...


Kita semua pasti memiliki sahabat sejati, 
apakah ia teman sepermainan, atau 
teman semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau juga teman semasa di tempat kerja  yang sampai sekarang tetap
 menjadi sahabat terbaik dan curahan hati kita ........

Meskipun jarak memisahkan......

Sahabat lama bertemu kembali...



Sahabat semasa di sekolah menengah


Syukur alhamdulliah...En.Buhari bin Kamin dan keluarga...Juga sahabat lama yang baru Allah pertemuakan semula...


Detik-detik syahdu tetekala  meninggalkan sahabat sejawatan...di SKTJJ2 Mei 2014


 sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,

aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku jaga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,

duhai sahabatku





Sahabat semasa di Tingkatan 6  Pn.Hawa binti Jalil pun baru bertemu semula 
masing-masing  dah bergelar nenek..


Rakan sejawatan semasa mengajar di Cameron Highland yang membawa seibu satu kenangan..Chewahhh... Cikgu Rokiah 




Sahabat sebilik semasa menunaikan Fardhu Haji... Sentiasa merindui kalian...

Renungan...

Renungan... (Rencana dari FB)

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
»
yg boleh kita makan, makanlah;
»
yg boleh kita pakai, pakailah;
»
yg Ingin kita beli, belilah;
»
kalau masih mampu memberi, berilah;
»
masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2.
Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3.
Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4.
Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5.
Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang
terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6.
Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2
memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7.
Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"
Semoga bermanfaat...


04 September 2014

Asam pedas oh asam pedas....

Asam Pedas le pulak...

Assalammualaikum,
Istimewa untuk sahabatku yang dikashi, semoga kalian semua dikurniakan oleh Allah  dengan keadaan yang sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan,,...Aamiin...

Sebagai anak nelayan tegar saya memang agak kenal pelbagai jenis  ikan.  Ikan adalah makanan harian kami sekeluarga.  Bila kita sebut tentang ikan pasti teringat asam pedas.   Bila sebut asam pedas istimewanya orang Johor memang tak lari dengan asam pedas.....Hari-hari pun tak pe kata arwah nenek saya.  kami sekeluarga memang penggemar asam pedas.

Kebiasaannya  anak-anak saya amat meminati asam pedas ikan sembilang, ikan pari atau pun ikan duri, tetapi asam pedas kepala ikan merah tidak kurang  hebat rasanya. Sahabat saya pula amat gemar dengan asam pedas ayam...... Jangan tak percaya asam pedas daging pun enak rasanya. 
Jom kita layan resepi asam pedas ikan sembilang...
Ini le rupanya ikan sembilang... Rupanya tak seindah mana pun tapi rasanya hebat mengancam..  Ia sangat terkenal di Johor...



ikan sembilang yang sudah siap dibersihkan
dah cantik kan,...


Asam pedas ikan sembilang ala-ala saya..
Bahan-Bahan

2 ekor ikan sembilang sederhana besar kalau boleh yang segar baru terasa manisnya..

1 cekak daun kesom
3/4 cawan air asam jawa (segengam asam jawa, bancuh dngn 1/2 cawan  air)
Garam
minyak untuk menumis

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus)
Cara-Cara
Ikan sembilang di siang, potong ikut suka, rendam sebentar dengan  air asam jawa, cuci bersih dan toskan.(Untuk elakkan bau hanyir basuh dengan air kapur makan sirih sebentar)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau,  masak hingga terbit minyak. , masukkan ikan sembilang dan air asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah daun kesum. Tambahkan air dalam  3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing  ya. Saya suka kuahnya agak masa sedikit...

Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi panas...



Asam pedas ikan sembilang....
Jom makan hingga menjilat jari.... 
Kuah dia kalau lebih jangan buang tau....
boleh cicah dengan ubi rebus yang empok,... nyam nyam..

Pucuk pauh delima batu
ikan sembilang di tapak tangan 
Tuan jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan.......

Sahabat  insyaallah jika diizinkan saya akan paparkan asam pedas ayam pulak ya...sabar menanti..





31 Ogos 2014

Bertemu Kembali...Fasa 1

Bermulanya di sini...

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua.

Syukur alhamdulliah kehaderat Allah SWT dengana limpah 
dan kurnianya akhirnya kami bertemu kembali...

Alangkah bahagianya hidup ini jika sesuatu yang kita tidak jangkakan akan bertandang dan akhirnya jadi kenyataan...Bagai suatu mimpi indah bila saya menerima satu pesanan ringkas dari sahabat sekelas semasa di SMGP  iaiatu saudara Ismail bin Mohammaddin dari  tahun 1967 -1971.

Pesanan ringkas daripada beliau

"Assalammualaikum sahabat2 semua, 
Salam dari sahabat kita Rashid Harun 
kini berada di Sabah telefon saya malam tadi, 
beliau mohon dapatkan no telefon kita masing2..
jika tak keberatan bolehlah Wasap
kepada Noorisah Makhzan atau FB 
kepada saya untuk di panjangkan 
kepada sahabat kita itu, terima kasih semua..
Wasalam.."

Tanpa berlengah lagi saya pun menghantar no hp kepadanya dengan harapan saya akan dapat berjumpa kemabli dengan  rakan-rakan di SMGP hampir 43 tahun kami terputus hubungan.  Memang  saya tidak menyangka bagaimanakah rupa paras wajah rakan-rakan saya yang  kini  sudah bergelar datuk dan nenek serta sudah diberi gelaran khas iaitu YB...

"Ok terima kasih, saya dah hantar no ini kpd kawan kita tu 
Rashid Harun (Dato" Rashid Harun - 
Ketua Pengarah ESCOM Sabah) 
beliau sangat ok, friendly.. 
kalau beliau kelapangan, dia akan cari kita..
diKL saya, Noorisah Makhzan,
Halim Wahab (Adik Mazidah Wahab)
dan Abd Rahman Ali (Adik Zaharah Ali)
 - Group SMGP yg ada di KL."

Inilah balasan pesanan ringkas yang saya terima daripada saudara Ismail bin  Mohamaddin.. Terima kasih saudara Ismail.. Tidak lama kemudian saya pun  mendapat ucapan selamat datang ke "GROUP OTAI 69-70an" dari "addmin Whatsapp" group ini. Belaiu ialah (Dato Rashid bin Harun Ketua Pengarah ESCOM Sabah) .Semasa di sekolah dulu beliau dikenali dengan panggilan manja iaitu  Aced Handsome boy....Tahniah sekarang belaiu sudah pun bergelar Dato...

Akhirnya   pada 30hb.Ogos 2014 dengan berkat usaha gigih beliau dan rakan-rakan AJK Group ini telah melakar sejarah kerana dapat mempertemukan kami semula dengan guru-guru yang pernah berkorban mendidik kami menjadi manusia yang berguna.. Ya hampit 43 tahun kami berpisah akhirnya kami bertemu semula di sini.... Bahagianya tidak ternilai tidak boleh dijual beli hanya Allah yang maha mengetahuinya...

Kenangan Silam...


SMGP  kau dalam kenangan....Disinilah tempatnya kami menimba ilmu...


Group pengasas  SMGP 1966

Semasa kami di dalam Tingkatan 1 1967 kami group kedua.
Seingat saya yang duduk di barisan hadapan dari kanan kawan saya Junaidah Talib (Pen.Ketua kelas), Cikgu Mohd Taib, Cikgu Razak, Cikgu Noriah, Cikgu Saleha, Cikgu Karim( Pengetua), Cikgu Kamaruddin, cikgu Tn.Hj.Abdul Samad, arwahyarham Cikgu Ahmad Said dan Aziz bin Abdullah (Ketua kelas) 
Berdiri di belakang yang perempuan saya ingat... berdiri dari kanan Fatimah Saibon, Raila Salleh, Norpah Abd.Rahman, Sharifah Keliwoon, Aisah Ibrahim, Saadiah Isa, Jamaliah Paiman dan Mariam Iskandar....



Semasa kami di Tingkatan 5 1971...



Gambar kenangan


Gambar kelas Dato, cuba teka yang mana satu beliau..




Gambar Dato Rashid bin Harun terkini...


Gambar kenangan


Cerita semalam 30hb.Ogos 2014
membawa seribu kenangan...


Apa yang dibincangkan oleh Dato bersama Tn.Hj.Ismail bin Mohammdin...

Merakam kenangan bersama Dato dan Datin , Cikgu Zainah, Cikgu Miad , Cikgu Noriah Dan cikgu Hj.Samad serta rakan-rakan Otai SMGP








Apa yang digelakkan oleh cikgu kami yang betul-betul awet muda... Tahniah Cikgu Haji Samad kerana dapat mengekalkan keawetan cikgu...


Rakan-rakan bersama cikgu  Zainah (bertudung ungu)..


Bersama cikgu Noriah dan cikgu Zainah ....En.Ismail, Pn.Rosni, En.Abd.Rahman, Pn.Hjh Sabariah, Pn.Maznah, Pn.Hasna, Pn.Hajah Hadidah, Pn.Junaidah, Pn. Norsiah.


Cikgu Haji Samad dan Cikgu Miad  bersama saudara Mansor... 
(Kalau nak ke luar negara boleh le hubungi beliau)

                                             Gambar kenangan daripaada  saudara Haji, 
                          dikediaman saudara Amran Mohammad dan isteri serta En.Wagiman..

Saya  percaya bila berjumpa  kawan lama, seronok kita berganda-ganda. Hati berbunga-bunga bercampur dengan senyum mesra. Kemudian mulalah aktiviti serang-menyerang dengan soalan yang bermacam. Kadang tu, tak sempat dijawab, dah datang soalan baru. Memang riuh

sekali  ada kawan bertandang
seronok pagi sampai ke petang
segala cerita mahulah dicanang
pelbagai kisah susah dan senang
sesekali jumpa sahabat lama
tersedar diri semakin dewasa
berlalu sudah zaman remaja
hilang sudah darah bergelora
sesekali kedut muka dipandang
bergelak ketawa tidak terhalang
tiada cukup keropok sedulang
bersilih ganti minuman dituang
sesekali berkumpul seperti ini
rasa gembira berbunga di hati
terpadam rindu hilanglah sunyi
hari nak siang tidaklah sedar
sesekali mengimbau kisah dahulu
terkadang sedih terkadang lucu
mungkinkah lagi sempat bertemu
sebelum dijemput Tuhan Yang Satu


Bagi pihak diri saya, saya mohon juataan ampun dan maaf kerana  tidak dapat menghadirkan diri lebih awal.  Namun saya tetap bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan cikgu-cikgu serta sebahagian daripada sahabat saya. Terima kasih Dato Rashid serta AJK yang bersusah payah menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini. Syabas dan Tahniah...