“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
•Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
•Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan)
daripada kamu , dia akan menghargai
atau menyebut kebaikan kamu.
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan
kesusahan kamu
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara
buruk atau maksiat.
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
kamu
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan….
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya…..
Seutas tasbih sebuah janji
Sahabatku Hawa
Di kediaman Hawa
Pada 6 Shawal 1433H ini (24/8/2012), kami di pertemukan setelah sekian lama terpisah - masing2 melewati laluan yang ditentukan Nya. Sy sungguh bersyukur dan terlalu gembira dapat berjumpa sahabat lama sewaktu di form six dulu. Singkat sangat masa di pertemukan. Kali ini kita di pertemukan di samping 2 generasi pelapis kita - anak dan cucu. Harap2 di hari mendatang kita dapat berbual panjang dan mengisi kekosongan waktu yg di tinggalkan dalam sejarah persahabatan kita yg terpisah lebih 30 tahun yg lalu. Sahabat ku Aisah Ibrahim.