Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

25 Ogos 2012

Hasyaa 4 bulan....


  Hasyaa oh Hasyaa

Saat bayi berumur 4 bulan
sudah dapat memegang benda yang diletakkan di tangannya. Ia dapat menggeser tubuhnya untuk mencapai dan boleh  memegang benda. Memasukkan benda dalam mulutnya. Jika diangkat dalam posisi berdiri akan menginjak dengan kedua kakinya. Ia mulai mengoceh, dan tertawa. Senang main dengan mainan yang ada.










Sahabatku....

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
   baik
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik 
   persahabatan kamu
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai 
  atau menyebut kebaikan kamu.
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan   
    kesusahan kamu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk 
   menjaga kepentingan persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara
  buruk atau maksiat.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
   kamu
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan.
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya ada awal tiada penghujungnya..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..
Seutas tasbih sebuah janji



Sahabatku Hawa


Di kediaman Hawa







Selamat Hari Raya 2012