Bahagian4
Dari Bahagian 1 (klik)
Dari Bahagian 2 (klik)
Dari Bahagian 3 (klik)
Beli belah di bumi Kemboja...
Assalamualaikum
,
Kebiasaannya bila kami melancong, tujuan utama bukanlah seratus peratus untuk membeli belah. Kami sekadar mencari pengalaman baru di tempat orang bak kata pepatah melayu jauh perjalanan luas pemandangan. Walau bagaimana pun ada juga yang dibeli sebagai kenangan dan buah tangan. Sepatah kata PPD Pasir Gudang " Biar menyesal membeli jangan menyesal tak membeli"...teringat-ingat katanya.
Bila sebut tentang pusat beli belah, anda mesti bayangkan seperti Pasar Baru di Bandung, Ben Thanh di Vietnam, Mangga 2 di Jakarta, Paratunnam di Bangkok atau Pasar Groseri di Surabaya tetapi di Kampuchea juga punya pusat membeli belah yang tersendiri....Jom kita tinjau tempat beli belah mereka, jikalau tidak berhajat hendak membeli kita sekadar menjamu mata….menjamu selera memang kita tidak berpeluang di sini…
RUSSIAN
MARKET
Toul Tom Pong atau Russian
Market yang popular di kalangan pelancong. Russian market mempunyai sejarah tersendiri mengikut keterangan daripada Pemandu Pelancong yang membawa kami. Nama ini diberi disebabkan terdapat ramai orang Rusia di sekitar tahun 1980an. Namanya begitu gah...tetapi ia adalah sekadar nama , namun ia seperti tempat beli belah yang lain. Menjual pelbagai barangan seperti minuman, makanan ringan, bermasak, ukairan tradisional, permata, kraf, sutera pelbagai macam dijualnya.Di sini juga mereka mempamirkan pelbagai hasil seni tangan tradisional untuk memikat hati pelancong....
Tips:
- Keseluruhan Russian Market ini tertutup dan kita merasa sangat panas.
- Waspadalah terhadap penyeluk saku.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lorong yang kita lalui untuk ke Russian Market....
Kami sampai di sini sudah agak lewat kebanyakkan kedai sudah di tutup
Geramnya tengok bunga segar....
Central Market
Central Market berbeza dengan Russian Market dari segi bentuk bangunannya. Ia mempunyai Kubah yang agak besar dan terdapat empat sayap. Di bawah kubah mereka menjual perhiasan perak dan batu permata tempatan, Woiii....mencabar keimanan melihat batu permata yang berkilauan...Harganya agak berpatutan...cantik.....Jika anda pernah bertandang ke Vietnam barang-barang yang mereka jual di sini sama seperti di Ben Thanh Market.Cuma di sini terkenal dengan kain sutera yang halus buatannya. Jual beli mereka menggunakan USD dan mereka kurang berminat denagn mata wang mereka sendiri iaitu 'Riel'...Mereka juga sangat fasih berbahasa Inggeris. (Bahasa Melayu...sepatah haram mereka tak faham...)
Menurut keterangan Pemandu Pelancong kami .Pasar ini mula dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1937 oleh Desbois dan Chauchoun. Pasar ini begitu popular di bandar Phnom Penh dan jadi tumpuan para pelancong. Selamat membeli belah....
Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan terdapat gerai-gerai di sekitarnya.
- Lebih selesa dan teratur serta bersih.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tugu...
Sempat beli kelapa muda untuk ibu katanya....
Berpinar biji mata melihat keindahan permata....permata oh permata..
kain baju beraneka corak
Melambak-lambak kain sutera....pilih jangan tak pilih
Sutera kemboja
Nenek tak beli apa-apa ke...
Ayunya gadis Kemboja ni...
Cenderahati...
diantara wajah-wajah gadis Kompuchea...
Cantik tak lukisan ni...
Lupa nak rakam gambar pelukisnya...beliau melukis di situ secara langsung...
Pusat Beli Belah Moden (Tak tau nak sebut namanya)
Kedai permata lagi...di mana-mana permata...oh permata hatiku..
Kedai Permata
(meleleh air mata memandangnya.....yang mana satu pilihan kalbu)
F.O.S Cambodia
Cantik tak beg nenek ni....
#ketika
membeli belah#
- Boleh tawar menawar dan tawar dengan harga yang paling rendah
(survey banyak kedai terlebih dahulu untuk mencari harga yang paling rendah)
peniaga di sana lebih senang menggunakan matawang USD
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
Wassalam