Assalamualaikum
Hari kedua kami di bumi Kompuchea, kami meneruskan perjalanan ke Kampong Cham. Setelah selesai bersarapan di 'Restaurant Halal Mamak Malaysia' .Restaurant ini terletak bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap.
Lebih kurang pukul 7:30 waktu Kemboja, kami bertolak ke Kampong Cham dengan menaiki bas. Kampong Cham terletak sejauh 124 kilometer daripada Bandar Phnom Penh, boleh menggunakan kenderaan darat ataupun melalui sungai dengan menaiki bot. Kelazimannya perjalanan bagi kedua-dua jenis pengangkutan ini mengambil masa yang hampir sama iaitu kira-kira 2 jam 50 minit dari Pnom Pehn (bergantung kepada keadaan semasa, ketika ini jalan raya sedang diperbaiki). Daerah ini mempunyai 4 Mukim dan 24 kampong. Anggaran penduduk di sini berjumlah kira-kira 63,771 orang sekitar tahun 2006 . Lokasinya pulak terletak di persisiran Sungai Mekong yang terkenal itu. (Sumber dari Pak Goggle).
Lebih kurang pukul 7:30 waktu Kemboja, kami bertolak ke Kampong Cham dengan menaiki bas. Kampong Cham terletak sejauh 124 kilometer daripada Bandar Phnom Penh, boleh menggunakan kenderaan darat ataupun melalui sungai dengan menaiki bot. Kelazimannya perjalanan bagi kedua-dua jenis pengangkutan ini mengambil masa yang hampir sama iaitu kira-kira 2 jam 50 minit dari Pnom Pehn (bergantung kepada keadaan semasa, ketika ini jalan raya sedang diperbaiki). Daerah ini mempunyai 4 Mukim dan 24 kampong. Anggaran penduduk di sini berjumlah kira-kira 63,771 orang sekitar tahun 2006 . Lokasinya pulak terletak di persisiran Sungai Mekong yang terkenal itu. (Sumber dari Pak Goggle).
l
Pelan Lokasi Kampong Cham
Informasi dari Pak Goggle.... Terima kasih
Restauran Halal Mamak Malaysia bersebelahan hotel tempat kami menginap
Menu yang terdapat di rastauran ini...
Pelbagai kaedah dan teknik yang Puan Hajah Baidah
gunakan untuk memikat hati si gadis sunti ini..
Berselera betul mereka menekmti sarapan pagi...
Minuman yang boleh dipesan di restauran ini
sepanjang perjalanan hanya kelihatan sawah padi yang terbentang luas . Terdapat juga sedikit tanaman kontan yang lain.
Kami berhenti di satu pekan (saya tidak sempat bertanya apakah nama pekan tersebut) pekan tu ala-ala Pekan Air Hitam di Johor…(Orang Yong Peng mesti bangga dengan keadaan sedemikian), yang berbezanya penjual di sini pandai berbahasa Inggeris. Jadi mudahlah kami
berkomunikasi dengan mereka.Di antara kami ada yang turun di pekan ini untuk melepaskan
hajat masing-masing….Syukur Alhamdulliah lega rasanya.
Macam kat Pekan Air Hitam kan....
Harganya berpatutan ...
jual beli mereka menggunakan mata wang USD
padahal mata wang mereka dikenali dengan 'Riel'
Wang kertas Riel
Wang kertas USD
Mereka lebih gemar menggunakan mata wang USD daripada Riel.
Diantara makanan yang agak pelik bagi saya terdapat di pekan ini...
Ini bukan rekaan...
Ini kenyataan.... bagai dikata jauh perjalanan luas pemandangan...
Kami meneruskan perjalanan dan sampai di satu pekan bernama Kampong Cham (sumber yang boleh dipercayai). Pekan ini merupakan ibu negeri bagi daerah kampong Cham. Pekan ini kecil sahaja dan memang sangat sederhana kehidupan masyarakatnya. Ia terletak di bahagian sebelah Timur Kemboja dan merupakan kota yang ketiga terbesar di Kemboja ini. Lokasinya pulak terletak di persisiran Sungai Mekong yang terkenal itu. . (Sumber dari Pak Goggle).
"Tidak jauh lagi perjalanan ini ", kata pemandu pelancong kami, Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Masjid Al Aaehsan.... Kami sampai tepat masuk waktu zohor (sedang elok le tu)..
Masjid Al Aaehsan.
Masjid Al Aaehsan.
Kami sempat solat berjemaah di sini...
Lain negara, lain budaya, lain bangsa tapi kita seagama.... indahnya Islam ini ...kita dipertemukan bagaikan bersaudara walaupun selama kini kita tidak pernah kenal antara satu sama lain... tapi kita tetap erat Ukhuwah kita tetap kental...Mudah-mudahan hubungan yang kita pahat di sini tetap bersemi hingga ke Jannah...Aamiin..
Kediaman penduduk tempatan di kampung ini.
aku tak pernah berharap
pertemuan ini terjadi
tapi ternyata
Kuasa Allah untuk segala-galanya
(Terima kasih En.Kadir dan Pn.Hajah Baidah)
dengan usaha kalian berdua dapatlah dua bersaudara bertemu kembali... Maaf ya Pn.Sharifah apa yang dihajatkan oleh mu tidak kesampaian...kita hanya mampu merancang Allah menentukan
PERTEMUAN KITA DI SUATU HARI
MENITIKKAN UKHUWAH YANG SEJATI
BERSYUKUR KU KE HADRAT ILAHI
DI ATAS JALINAN YANG SUCI
NAMUN KINI PERPISAHAN YANG TERJADI
DUGAAN YANG MENIMPA DIRI
BERSABARLAH DI ATAS SURATAN
KU TETAP PERGI JUA
KAN KU UTUSKAN SALAM INGATAN KU
DALAM DOA QUDUS KU SEPANJANG WAKTU
YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU
MENCARI HIDAYAH DARIPADA MU
DALAM MENDIDIKKAN KESABARAN KU
YA ALLAH TABAHKAN HATI HAMBA MU
DI ATAS PERPISAHAN INI
SENYUMAN YANG TERUKIR DI BIBIR MU
MENJADI INGATAN SEPANJANG WAKTU
TANDA KEMESRAAN BERSIMPUL PADU
INGAT KU DI DALAM DOA MU
SEMOGA ALLAH BERKATI MU
Comelnya Nur Husna dan Nur Husni ...
dipanjangkan usia mudah-mudahan kita berjumpa lagi..
Persaudaran kita tetap kekal abadi...
Mengalas perut di Local Restauran....
Nasi ayam...
Makan jangan tak makan...
Gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan..
Pam minyak yang berberbeza harga
di antara satu pam minyak dengan pam minyak yang lain
Kira nasib le...
Lagi satu...penumpang yang membonceng motorsikal tidak digalakkan bertopi keledar hanya penunggang sahaja yang perlu menggunakan topi keledar....aneh tapi benar.
Pokok Kelapa Laut
Macam lebih muatan ni...Pak Polisi tak tahan pun..
Rumah kediaman penduduk Kampong Cham
Rumah tradisional Kemboja yang dah moden
(penghuninya agak mewah ni...)
Kalau orang Johor banjir sebegini dipanggil banjir'"termenung" entah bila surutnya..
Sekadar renungan......
Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.
Falsafah ini dapat difahami daripada maksud hadis Rasulullah SAW yang menyuruh manusia menuntut ilmu walau di mana saja. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengetahuan.
Wassalam
Bersabar ya....kita akan menekmati keindahan malam di Phnom Penh...
Peganglah kepada Moto: Melancong adalah untuk explore sesuatu yang unik dan berbeza tentang tempat dan budaya orang lain. Kalau nak habiskan masa tidur di hotel, lebih baik tidur dan berehat kat rumah aje... jadi nikmatilah perbezaan dan kelainan alam ciptaan Allah itu sepenuh-penuhnya disamping menghayati akan kebesaranNya
Penerangan yang menarik dengan disertakan gambar-gambar. Tentu ada sambungannya lagi....
BalasPadamInsya Allah jika diizinkan saya akan kongsi tentang cerita Pol Pot yg zalim tu...
BalasPadam